Menulis Di Blog Pendidikan Raisingthesoftvolume.

Salam !


Pencarian Penulis Blog Bermula ! Sekarang ni aku tengah mencari orang yang sudi jadi sebahagian dari penulis di blog pendidikan aku dan rakan rakan aku. Kalau boleh ramai lagi bagus. Terbuka khusus kepada bakal guru dan semua insan yang bergelar guru.  

So, kat sini aku nak mulakan niat baik aku dengan Program Tag Rakan Guru : Menulis Di Blog Pendidikan. Sebagai permulaan, aku akan tag 5 orang calon guru. Sesiapa yang di tag, nanti silalah tag lagi 5 rakan guru korang ok ? Sila ambil gambar dibawah & bagitahu rakan yang lain ya = )

Banner Tag
Go to : http://www.silampuneon.com/2011/01/menulis-di-blog-pendidikan.html
Program Tag Rakan Guru : Menulis Di Blog Pendidikan.
  1. Cikgu Lordzara
  2. Cikgu Zickeryhassan
  3. Cikgu Ijat
  4. Cikgu Siti
  5. Cikgu Fiq

Ini sekadar request dari aku jer, nak buat boleh nak abaikan boleh. terpulang pada korang. Kalau ada yang berminat perkongsian ilmu dalam Blog Pendidikan Raisingthesoftvolume., boleh lah komen kat sini terus atau email aku : neorul87@live.com.

Sedikit informasi tentang Blog Pendidikan Raisingthesoftvolume

Blog yang berlamat : www.raisingthesoftvolume.blogspot.com ini telah lama bertapak dan secara rasminya dipegang oleh holder terbesar, iaitu Cik Cresent. Selepas beberapa ketika, aku dan rakan yang lain bergabung tenaga untuk menulis di Blog Pendidikan ni. Banyak ilmu yang aku dapat serta banyak juga maklumat yang telah dikongsi disitu.

Kandungan blog ini seratus peratus tentang pendidikan, isu semasa pendidikan, revolusi sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, blog ini juga mengandungi dan nota nota subjek yang dipelajari oleh kami sebagai guru pelatih.



Seruan Kepada Bakal Guru & Guru Senior : 

Aku memang berharap sangat kepada semua blogger yang bergelar guru atau bakal guru menyahut seruan ni untuk menjadi penulis dalam Blog Pendidikan ini. Bagi bakal guru yang masih menuntut, tak kesah korang amik subjek apa, semuanya kita boleh kongsi di Blog Pendidikan Raisingthesoftvolume ni. Bagi yang bergelar guru senior, semua isu dan perubahan tentang sistem pendidikan Malaysia bolehlah di kongsi bersama dalam blog ni.



Harapan besar :

Kalau ramai yang menulis di Blog Pendidikan ni nanti, aku nak upgrade domain untuk blog tu. Nak susun balik folder , subjek ape semua supaya nampak kemas dan cantik. Blog tu boleh jadi rujukan dan worldwide use kalau banyak gabungan tenaga dan idea dari cikgu cikgi semua = ) Selain itu, ruang iklan juga boleh dibuka dan cikgu cikgi boleh la promote blog dan ilan disitu secara terkawal ok ?



Feeling Lucky?

Comments

  1. Wah! amat besar hajat cikgu neon ni.hurm..zaer takleh kot nk jpint.kang merepak lak bende yang aku tulis.hehehe.;p

    ReplyDelete
  2. oh. kau bakal guru.

    ReplyDelete
  3. camne kalau nak join menyumbang idea2 - cikgu azrine

    ReplyDelete
  4. macam berminat, papehal contact gua

    ReplyDelete
  5. wow, bakal2 guru. buatlah yg terbaik untuk anak bangsa!

    ReplyDelete
  6. la,knpa la xbgtau awl2...hehehe...nk join gk nih...

    ReplyDelete
  7. http://sectionsubzero.blogspot.com/2011/01/menulis-di-blog-pendidikan.html

    udah...heheheh....sori lmbat skit..

    ReplyDelete
  8. KRONOLOGI ISU GSTT

    Guru sandaran tidak ditambah, serap jadi guru sandaran terlatih - (30-03-11)
    KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi memastikan GSTT sedia ada dapat diserap menjadi guru sandaran terlatih (GST) terlebih ...

    Kenakan syarat penempatan serupa bagi pemohon GSTT, KPLI, DPLI - (11-03-11)
    SAYA ingin mengemukakan pendapat berhubung isu pengambilan guru. Sebagai ibu bapa dan masyarakat sudah tentu kita ingin insan yang terbaik untuk mendidik anak kita.

    Notis pemberhentian 13,000 guru sandaran dibatalkan - (10-03-11)
    TONGOD: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa ...

    13,000 GSTT terus tugas - (05-03-11)
    KINABATANGAN: Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.

    Batal pemberhentian 13,000 guru sandaran bukti kerajaan prihatin - (05-03-11)
    KELMARIN, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mengumumkan pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), ditarik balik.

    Warga GSTT wajar teruskan profesion - (03-02-11)
    CADANGAN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) supaya Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) lepasan ijazah diserapkan sebagai guru tetap wajar bagi menampung kekurangan tenaga ...

    Kontrak GSTT disambung semula - (29-01-11)
    KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi ...

    GSTT kekal sebagai duri dalam daging - (25-01-11)
    SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. ...

    578 guru sandaran Sabah minta sambung kontrak - (21-01-11)
    PUTRAJAYA: Seramai 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu mengharapkan Kementerian Pelajaran menyambung semula perkhidmatan mereka seperti dijanjikan.

    Transformasi berterusan lonjak pendidikan makin nampakkan hasil - (02-01-11)
    Hari ini dan esok, secara rasminya bermulalah sesi persekolahan 2011. Bermula jugalah alam pendidikan sebenar buat hampir setengah juta kanak-kanak yang akan memulakan pengajian Tahun Satu, diiringi ...

    Sorotan 2010: Menjana modal insan ke arah kecemerlangan pendidikan negara - (28-12-10)
    DALAM kehidupan, bukan masyarakat terkuat atau terpandai yang akan terus hidup, tetapi mereka yang sentiasa mempunyai keinginan untuk berubah seiring dengan perubahan persekitaran, itu pendekatan ...

    Guru kedua tumpu tugas sampingan - (15-12-10)
    KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan ...

    Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan GSTT - (11-12-10)
    SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh ‘GSTT’ dan ‘cikgu lama’ dalam ruangan ini kelmarin. Berdasarkan pandangan itu, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem ...

    Guru Sandaran Tidak Terlatih ikuti kursus tak abai murid - (10-12-10)
    TERIMA kasih kepada Berita Harian yang mewujudkan ruangan ini kepada pembaca untuk meluahkan perasaan mereka. Bukan hasrat saya untuk berdebat tetapi ingin meluahkan rasa hati selepas berasa ...

    Sokong guru sandaran komited diserap ke jawatan tetap - (10-12-10)
    MERUJUK kepada aduan ‘Cikgu Baru, Putrajaya’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada 4 Disember lalu, saya sebagai cikgu lama yang berkhidmat lebih 11 tahun dalam bidang pendidikan tidak ...

    ReplyDelete

Post a Comment