Mencari Ketenangan Hati.

"some of us think holding ON make us strong; but sometimes it is letting GO"

Mencari neon...makin malap rasanya hari hari aku ni. Wahai Kuala Lumpur, hati aku rasanya bukan di sini. Tapi aku akan cuba yang terbaik...penuh tangis dan lesunya langkah ni, aku kena gak puaskan hati semua orang yang aku sayang.

7 Feburari 2011, akan merasa bagaimana suasana sebenar seorang insan bergelar guru. Macamana rasanya nak berdepan dengan suasana itu sedangkan hati menjerit nak ke tempat lain...Ya Allah, ikhlaskanlah hati aku ni nak mengajar, janganlah esok aku buat benda yang bukan bukan pulak. Kuatkanlah semangat aku Ya Allah.

Tak pasti apa yang dikejar, tapi semestinya mahu lari dari keadaan ni. Bosan, terperuk, desakan, paksaan, kongkongan, takde tempat untuk meluah rasa hati...overall, itu yang aku rasa...Kembalikanlah sinar hidupku Ya Allah. Jadikanlah hidup hamba mu ini kepada hidup yang lebih bermakna...

Aku bukan permainan, aku bukan sebuah objek yang boleh disepak terajang sesuka hati...Aku ada hati, aku ada perasaan. Jangan dipaksa paksa aku suka benda yang aku benci. Jangan didesak aku buat perkara yang aku tak suka. Jangan bina hidup aku sebab aku nak bina hidup aku sendiri.

Ya Allah, please kuatkan semangat aku..kurniakan aku seorang kawan yang boleh membimbing aku, menasihati aku, memimpin aku ke jalan mu yang benar, yang kau redhai...


Tertanya, mengapa hati aku berbolak balik begini...

Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” Credit : Gentarasa

Doa Tenangkan Hati : 


Cara Menenangkan Hati : Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,  merendah rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat. Credit : LittleKhalifah

Wahh entri ni panjang sungguh..semoga aku dapat amalkan perkara perkara di atas ni untuk menyokong balik hati yang resah ni...mana neon? Saya di sini !



Feeling Lucky?

Comments

  1. Baru saja menjejakkan kaki maya di sini (sila bayangkan kaki yang besar macam gergasi tiba2 memijak tanah tanpa rasa malunya), blog ini teramatlah mengasyikkan sehingga tak terkebil (tipu) mata saya dibuatnya. Isu-isu dipaparkan dengan santai, tapi berani (isu2 tuala wanita, senggugut & bra mousepad) yang selalunya hanya dilaporkan oleh pemblog lelaki. teruskan artikel mengenai keguruan, banyak sebenarnya input yang saya dapat (kissm, borang posting dll).

    ReplyDelete
  2. wah....cukup hebat madah cikgu nih...aper2 pom,wat yg terbaik,walaupom dimana kiter berada

    ReplyDelete

Post a Comment