Keputusan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4, 2011

Salam.


Keputusan sekolah berasrama penuh pelajar tingkatan empat dah pun keluar ! Jadi kepada adik adik yang berkenaan yang telah memohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tu jangan lupa semak sekarang ! 

Keputusan Tingkatan 4 SBP di kat laman web ni : http://apps.moe.gov.my 1 (Semakan Keputusan SBP)
Click lagi untuk buat E-rayuan !

Tahniah kepada adik adik yang berjaya masuk Sekolah Berasrama Penuh tu yer. Kepada yang tak dapat dan tak berjaya, jangan duduk sahaja...cuba buat E-Rayuan untuk mohon Sekolah Berasrama Penuh ok? Usaha tangga kejayaan. Cara nak buat e-rayuan, cuma click link/gambar ini :

Buat E-rayuan Tingkatan Empat SBP jika tidak berjaya : http://apps.moe.gov.my 2


Credit : Utusan
46,506 mohon ke tingkatan empat SBP

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan empat sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun ini berbanding hanya 5,300 tempat yang ditawarkan.
Menurut kenyataan oleh kementerian itu hari ini, semakan mengenai keputusan pemilihan dan penempatan pelajar boleh dilakukan dengan melayari laman web www.moe.gov.my bermula hari ini.
"Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan menggunakan e-rayuan," jelas kenyataan itu.
Tempoh rayuan ialah selama 14 hari mulai hari ini sehingga 2 Februari ini.Pelajar yang terpilih akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada 7 Februari ini.




Feeling Lucky?

Comments

Post a Comment