Aktiviti Hari Thaipusam !

Salam yall.

Halllamak ! Gua luper plak hari ni hari bersejarah bagi kita semua kan ! Hari Thaipusam la ! Korang semua cuti la tu ! Bagi yang beragama Islam, korang jangan lepak kat kuil plak ? Ngeh ngeh ngeh...

Tapi ingat ye adik adik abang abang yang sambut Thaipusam tu..jangan buang sampah merata rata ye ! No no no no ! Dulu masa kerja kat Selayang, hampir sepanjang jalan ke Batu Caves tu jalan raya penuh tempurung kelapa dan sampah sarap..Tak elok tau cenggitu !

Layan gambar sat ! Orang Islam jangan tiru aksi aksi ni yer...tak elok untuk kesihatan dan memudaratkan.  dia cucuk tang sini dia cucuk tang sana...macam macam tempat dia cucuk ! Nak tau salah silah Hari Thaipusam ?
 

Gambar gambar orang Hindu sambut Hari Thaipusam.


Gambar gambar orang Hindu cucuk cucuk badan untuk hapuskan dosa.







Laddu, aku suka makan Laddu ni, salu beli kat Masjid India... : )


Aktiviti pecah kelapa, pecah kelapa pecah gelas, sudah pecah harap kemas =p





Bagi yang tak tahu apebenda Thaipusam tu, meh kita baca sikit salah silah Thaipusam dan sejarah Thaipusam ni : )
Hari Thaipusam : Sebuah hari yang khas untuk menghormati Dewa Hindu yang dikenali sebagai Dewa Murugan atau Subramaniam !

Tujuan Hari Thaipusam : Masa hari Thaipusam la orang hindu ramai ramai berkumpul untuk membuat aktiviti menghapuskan dosa dan bernazar.Tak semua masyarakat hindu yang akan melakukan nazar ni. Tapi pada siapa yang bernazar, dan dimakbulkan hajat tu diorang akan buat kenduri.

Apa yang dibawa ? : Masa nak pergi kuil, orang Hindu akan menjunjung susu (dianggap putih suci) yang diisi dalam belanga atas kepala diorang.

Kaum lelaki Hindu : Haaa time nilah diorang ni buat aktiviti mencukur rambut. Lepas tu diorang akan warnakan kepala dengan warna oren.

Camne nak hapus dosa : Orang orang hindu yang dah niat nak menghapuskan dosa tu akan membawa kavadi kat bahu diorang. Kavadi ialah rod besi/kayu yang mempunyai patung dewa Murugan atas rod tu. Orang hindu akan bawak kavadi ni sampai ke kuil.

Acara menyiksa diri : Kenapa orang hindu cucuk cucuk badan masa Thaipusam ? Ini adalah salah satu cara bagi diorang menunjukkan yang diorang nak hapuskan dosa diorang. So diorang pun buat aktiviti macam jalan atas paku, cucuk badan dengan buluh runcing,  Ade gak yang perah limau nipis kat tempat cucuk tu bagi rasa power sket !
Lokasi kuil Hari Thaipusam :
  • Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Alaa kuil yang tinggi dan banyak tangga tu ! Patung dewa warna kuning keemasan besar macam KLCC tu !
  • Ipoh, Perak, Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh 
  • Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
  • Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.
  • Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.

P/s : Tengah makan Mamee Monster sambil terfikir agak agak best tak daki Batu Caves yang ada banyak tangga tu ? Sapa nak join race ?


Feeling Lucky?

Comments

  1. hai..

    eiii....takutnya kena cucuk...nasib baik lampu neon tegur tadi..saya baru ingat nak g lepak kat kuil tadi..heheh

    ReplyDelete
  2. Jangan tiru aksi tersebut..
    Euwww, ngeri je tgk dorang ni..
    Ape tak sakit ke cucuk2 tu..
    Haish..

    ReplyDelete
  3. biar pecah kelapa, jangan pecah kepala...

    ReplyDelete
  4. Jgn tiru aksi di atas..
    Haha..
    Ape tak sakit ke cucuk2 tu ek?
    Euwwww, ngeri ok..

    ReplyDelete
  5. dulu depan rumah saya, rajinlah diaorg berarak bila ada perayaan ni. menakutkan bagi saya bila saya tengok orang yang dicucuk-cucuk tu macam orang tak sedar diri, nampak macam kena pukau. takut jugak kalau terlepas. huhu

    ReplyDelete
  6. Ok! Sumpah seram ok.. Tak nak lah main cucuk cucuk ni. Sakit ok! Sampai skang pelik mcm mana deme tak luka bila cucuk cucuk tu..

    Btw babe, please click like at one of the contest I've join at my new entry..Dreamm Wedding I khas untuk contest CST & Lydna Rahim..Our lucky number is 137 & 138 Supoort tau..TQ darling..=))

    ReplyDelete
  7. ngeri lak aku tengok gambar-gambar tu neon

    ReplyDelete
  8. KALO SAPE NK TGK GAMBAR SELEBIHNYA THAIPUSAM
    JOM JENGOK2 MY BLOG..
    http://eyeofbird.blogspot.com/2011/01/apa-dorg-wat-mse-cuti-thaipusam.html

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya .. tempat yang paling ramai orang Hindu berkumpul pada hari Thaipusam kat mana ?

    ReplyDelete

Post a Comment