Monday, December 13, 2010

Restoran JM Bariani House, Bandar Tun Hussein Onn.

Salam !




Thank you to my bro Angah, sebab belanja makan kat Restoran JM Bariani House haritu. Restoran ni terletak dekat Bandar Tun Hussein Onn. Boleh kira belakang rumah aku je laa. Heheh
 

 Restoran JM Bariani House, Bandar Tun Hussein Onn
best ke tak best ke ? meh aku review sikit !


Anyway aku nak review sikit tentang Restoran JM Bariani House ni. Ada beberapa kelebihan dan kelemahan restoran ni. Maklumlah restoran ni baru bukak kat kawasan ni... 

Kelebihan Restoran JM Bariani House 
  • Makanan sedap tip top.
  • Tempat bersih dan cantik.

Kelemahan Restoran JM Bariani House 
  • Harga setiap makanan bermula dari RM13 - RM15 ke atas. Which is, memang tak berbaloi bayar mahal kalau korang jenis selalu dapat makan nasi beriani  free kat kenduri kahwin macam aku.
  • Tak banyak pilihan dalam menu makanan. Nama pun restoran bariani, so bariani je yang ada plus mee kari.


kat sini lah tempat restoran tu

cantik dan bersih restoran ni...maklumlah baru lagi

kalau nak cuba nasi bariani yang sedap, kat sinilah ! harga mahal sikit yer !

thank you kepada Angah ku yang sudi belanje !

ayam, daging, kambing dan mee kari...menu tak banyak

ni menu makanan JM bariani house.

papadom cicah kuah dal yang sedap sangat !

Ayam rendang dengan nasi bariani. Aku share dengan sis aku.. memang sodap !

Air bandung ais krim soda special, teh tarik, dan air Roselle special !
Ok, till then ! 



Aku harap pihak restoran JM Bariani House dapat tingkatkan kelemahan diorang. Makanan kat tempat ni memang sedap, cuma harga tu terlampau mahal dan lebih berbaloi kalau makan kat Restoran Insaf.



 

Designed by Alieff Artwork