Hukum Pakai Baju Santa Claus.

Hekeleh !



Semalam masa jalan jalan kat Mines, Serdang aku ternampak ramai sunggu melayu melayu yang dah mula beli tipi Santa Claus ni. Macam harrrrem je aku tengok ? Meluat pun ada...pssst, korang sambut Christmast ke ?





Melayu, Indon especially. 
Ramai yang suka ikut pakai topi Santa Claus ni.

Kalau setakat nak pakai topi masa pergi party hari jadi, ke event ke ok gak. Tapi kalau dah pakai topi Santa Claus masa jalan jalan keluar rumah...melepak, tengok wayang...hamboi macam meriah Christmast kali ni dengan kehadiran orang macam korang ye ?

Ni ha, kalau nak tahu sangat apa hukumnya : Sila baca...

Edisi Hukum Semasa: Haram pakai baju samai Santa Claus Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Credit : Mforum
2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.

Merry Christmast untuk yang menyambut Hari Natal = )







Feeling Lucky?

Comments

  1. Bukan islam kene sebut hari natal or Xmas ke ?

    ReplyDelete
  2. macam-macam betul... suka hati je diaorang tu..

    ReplyDelete
  3. heh, sekrg ni bukan kate org lain, aku pon kadang2 tringin pkai nak tgkap gambar, tapi tak penah buat lagi la..tapi teringin..ye la, bende ni macam melambak2 buat aku terpengaruh je.

    ape nak jadi umat nabi Muhammad :(

    ReplyDelete
  4. org mlayu...
    pantang ade raye...
    sume nak sambut...
    raye cina, depavali, kismas...
    sume nk sambut...
    mlayu2, tobat2 la ye....

    ReplyDelete

Post a Comment