Tuesday, December 28, 2010

Harga Tempahan Jahit Baju.

Salam !


Seperti yang korang tahu, aku memang tengah menjalani kelas menjahit setiap hari Sabtu dan Ahad. Tak sabar rasanya nak menjahit baju kurung sendiri. Maklumlah, sekarang ni harga tempahan baju dan melambung mahal ! Tak rugi kalau belajar menjahit kan ?

Main main di Boutique Kak Siti.
Kat bawah ni aku ade letak senarai harga tempahan untuk semua jenis baju.



Bagi keluarga aku, kitorang memang dah biasa buat baju dekat sebuah Boutique near Jalan Gombak. Nama tailor dia ialah Kak Siti. Dia ni memang pandai dan setiap baju yang dihasilkan memang selesa dan cantik dipakai.  

Kat Kuala Lumpur sekarang harga tempah baju memang mahal. Mencekik rasanya. Jadi bagi korang yang tak biasa, sila jangan terkejut la yer. Berbanding dengan kawasan luar bandar, harga tempah Baju Kurung ade jugak yang murah baru RM25 sepasang. Tapi kalau kat sini, jangan harap la dapat.

Sebagai regular customer Kat Siti, kitorang dapat half price = )


Harga Tempahan Baju Terkini : Jalan Gombak

Baju kurung biasa / pahang : RM50
Baju kurung paiping : RM55
Baju kurung Full Lining : RM120
Baju kurung Lining Baju sahaja : RM90
Baju kurung Lining Kain sahaja : RM70
Baju kurung moden : RM65
Baju kurung Moden Lining : RM120
Kebaya Nyonya : RM55
Kebaya Biasa : RM70
Kebaya Lipat : RM75
Kebaya Kota Bharu : RM75
Kebaya Full Lining : RM120
Kebaya Lining Baju sahaja : RM90
Kebaya Lining Kain sahaja : RM70
Baju Melayu biasa : RM120
Baju Melayu sulam : RM140
Blouse : RM40
Sulam Bunga : RM35-RM40
Manik tangan / leher : RM45
Manik tangan sahaja : RM25

Butik Farmirul

Kak Siti the Tailor
Sekarang ni suka tempah baju ke, tak suka dah pakai baju beli siap. Tak sedap pakai. = )


 
Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork