Salam !
Ini komen bernas seorang blogger, Nastradamus berkenaan entri Suami Isteri Berubah Selepas Kahwin.
nak tahu cara nak tambat hati suami yang dah berubah hati balik ?
Baca lagi...
Apa yang dikatakan oleh Nastradamus ini bolehlah dijadikan tips untuk perempuan untuk jadi isteri yang lebih baik dan tahu menambat hati suami.
Suami Isteri Berubah selepas kahwin, Siapa yg harus disalahkan?
Sukar untuk difahami pasangan masing-masing. Cuma satu sahaja yang patut diamalkan, iaitu tolak ansur. Hidup harus ada tolak ansur dan banyakkan berdoa pada Allah Ta'ala supaya hubungan rumahtangga aman bahagia. Cuba cari silap diri sendiri sebelum menyalahkan pasangan anda sendiri.
Sebagai lelaki, nasihat saya kepada kaum hawa.. kurangkanlah merajuk dengan suami. Anak dah 2-3 orang tapi merajuk masih sama macam anak-anak. Tak salah nak merajuk, cuma biar kena pada waktunya. Orang lelaki ni memang masa bercinta, merajuk 300 kali sehari pun tak apa. Tapi lama kelamaan, datanglah rasa bosan dalam diri. Sama juga dengan kaum hawa kan?
Dah, jangan salahkan pasangan ataupun orang lain mahu pun tok kadi sewaktu kita nikah dulu. Cuba cari di mana silap kita sebelum kita nak menyalahkan pasangan. Kaji dan buat satu perubahan. Hidup ini tidak selalunya indah seperti yang kita gambarkan.
Semoga bahagia bersama pasangan masing-masing hendaknya. :)
P/s : Thankyou Nastradamus, and to kaum perempuan...suami berubah hati mungkin berpunca dari diri isteri tu sendiri. So, beringat ingat lah.
betul-betul...kalau selalu sangat merajuk pun susah jugak..perempuan dah la susah nak dipujuk. betul tak neon?
ReplyDeletefuhh x sbr nk kawen :P
ReplyDeleteaku setuju dgn entry ni...tunang aku pn ckp mende yg sama...lgpun before kawen kita x duk sebumbung mmg la xtau perangai sebenar pasangan macam mana kn...=)
ReplyDeletedan ada sbb kenapa laki tu berubah...cermin diri dulu before tuding jari salahkan orang lain...aku slalu pk, aku ni pon tak sehebat khadijah atau mana² wanita yg disebut dlm quran, so siapalah aku nk harapkan lelaki yang sempurna..peace! v(^^,)
AWAN, ERMMM AKU NI SENANG MERAJUK WOOOO
ReplyDeleteYANA,SELEPAS KAWEN PERLU BERSEDIA SEGALA MACAM KEMUNGKINAN..BURUK DAN BAIK KENE TERIMA...WOO CABARAN DUGAAN...HUHUHU..TAKOT EK, WHTS BEHIND THE SHADES
ReplyDeleteINTAN, HAHAH TAKUT DEN NAK KAWEN
ReplyDelete