Thursday, December 02, 2010

Bandar Yang Tiada Disko, Pub & Panggung Wayang !




Salam  Woots Woots !


No pub ! No Disco ! Oh yeah...Tempat setan dan anak beranak setan memang takde kat sini. Har har har. Bagus bagus !


Aper cerrr bandar ni takde pub takde disko ! Wow! Nak tahu lebih lanjut ??? ...



Hehee...semalam sejuk kot ! Kat sini hujan tak berhenti henti beb...masa perjalanan semalam ada beberapa kawasan ladang sawit yang banjir, banyak lumpur.Rugi woo kalau tanaman rosak !


Kat sini best sebab aircond tak payah pasang ! Lol, seriously...semalam tido with no kipas, dengan pakai sweater dan diselubungi selimut...menggigil seh !


Masa round round tempat ni pagi tadi pakcik aku tunjuk kawasan bandar tempat ni...hehe...yang paling tip top kat sini hanyalah Mydin Mall dan Giant = )


Ape yang best kat kuala terengganu ni ? Yang paling aku solute sekali sebab takde disco, takde pub, takde panggung wayang pun ! Aku memang setuju sangatlah kalau tempat tempat hiburan camni dihapuskan. Sekurang kurangnya gejala gejala sosial dapat dibendung !


Aku tanye gak kat pakcik aku. Kat mana orang orang kat sini melepak kalau takde disko ke pub ke, atleast panggung wayang ? 


Diberitahu, banyak aktiviti aktiviti kerakyatan dirancang khas untuk masayarakat kat sini. Contohnya cam tarian kebudayaan, permainan, pertandingan untuk masyarakat supaya diorang dapat spend masa dengan join ativiti berfaedah. Yang paling hot sekarang Monsoon Cup !


Aku tanye gak kat pakcik aku. Kalau takde pub takde disko, takde panggung wayang, dan tiada tempat leisure. Jadi kes jenayah mesti kurang kan ?


Yup, kat sini jenayah kurang berbanding dekat KL wooo. Lebih kurang 1 juta orang duduk kat sini...korang cuba bayangkan KL ? 7 juta orang duduk kat situ beb...jam packed = ( Jenayah ? Tak payah cerita laa...setiap hari ade orang kes bunuh.


Eh, sampai sini dulu = )



P/s : Menjawab persoalan woots. Entri aku sebenarnye sekadar cerita pengalaman...yang best dan tak best...pahit dan manis, suka dan duka, realiti dan fantasi. Itulah blog aku dan kehidupan aku...takde mengena dengan hidup dan yang mati. Go go go ganu deh ! 


P/s : Nana the brat, hehehe...aku baru sampai Kuala Terengganu. Tempat lain aku belum explore lagi nih.  Thanks aku salah laa nanti aku tukar title post aku jadi "bandar". Hehe...


P/s : Tanx Kimicnol sebab sudi bagi award cool blog ! Semoga berjaya dalam berblogging yah, dan jadi lah cool seperti ice tea  = )




 

Designed by Alieff Artwork