Monday, November 29, 2010

Tutorial : Cara Buat Feed Blog Guna Google Feedburner




Tutorial Time !



 Dimulakan dengan bismillah.


Entri ini adalah maklum balas dari entri Zaer, Minta Pendapat tentang Feed. Untuk Zaer dan rakan rakan blogger yang lain yang masih tidak tahu pasal Feed Blog dan mempunyai masalah setting Feed Blog, semoga entri ni dapat dimanfaatkan.

Firstly, Ape maksud feed tu ? Feed tu sebenarnye nama singkatan bagi suapan isi kandungan blog korang untuk dikongsi dengan orang ramai.

Bagi yang masih tidak faham dengan penggunaan Feed dalam blog, mari kita  berkenalan dengan feed blog korang ! Yang penting, korang perlu tahu apa kebaikannya kalau korang buat Feed Blog terlebih dahulu...



Kebaikan buat Feed Blog : 
  • Trafik blog meningkat.
  • Blog akan sentiasa up to date bila korang buat entry terbaru.
  • Korang boleh ping blog korang dengan lebih mudah dan lancar.
  • Peminat blog boleh follow up aka. subscribes blog korang. 
  • Apa benda jadah subsrcibes tu ? Setiap kali korang buat entri baru, subscribers korang akan dapat email tentang entri terbaru korang tu.

Contoh kalau korang tak ada feed blog atau feed blog yang ada masalah,
link list akan appear macam ini : 


Ok, jom teruskan Tutorial dengan membina Feed Blog korang dulu...ikuti langkah langkah tersebut dengan bacaan bismillah.

Cara Buat Feed Blog Di Google Feedburner :

  • Go to >> Google Feedburner 
  • Tekan butang Favorite This Page sebab korang akan selalu bekerjasama dengan Feed Blog
    • Langkah 1 : Masukkan Alamat Blog korang & klik Im a Podcaster
    • Langkah 2 : Pilih feed Rss
    • Langkah 3 : Confirm kan Title Blog & Alamat Blog korang
    • Langkah 4 & Langkah 5 : Tekan Next sebab benda tu tak penting pun
    • Langkah 6 : Go to >> Google Feedburner & Dapatkan alamat Original Feed dan simpan.

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah  6
Original feed itu penting = )


Apa nak buat lepas dapat Original Feed :
  • Penting kalau korang register mana-mana Website contohnya Blogspot, Gengblogger atau Nuffnang (jika korang guna Widget Ex-change link).
  • Setiap kali register, korang akan diminta untuk bagi Feed Blog korang supaya website tu dapat update entri terbaru dari blog korang.
  • Contoh penggunaan Feed Blog, ikuti langkah di bawah.
  • Langkah 7, 8, & 9 : Log in ke Gengblogger >> Setting >> Edit Url & Feed Blog korang 
  • Gunakan original feed yang korang dapat dekat Feedburner tadi.
    Save.
    Ping Entri Terbaru.

    Guna Feed di Geng Blogger

    Dah siap pun. Bagi pengguna blogspot, jangan risau...kalau korang dah siap feed blog, nanti link korang akan di update sendiri oleh team blogspot dalam link list. Feed Blog akan ambil masa untuk update entry korang, so kena tunggu dalam masa 24jam untuk Feeb Blog berfungsi.



    Selamat Maju Jaya !




     

    Designed by Alieff Artwork