Tuesday, November 30, 2010

Hiasan Kebun Kreatif.

Salam petang everybody ! Petang ni aku nak kongsi sikit gambar sebuah kebun yang paling kreatif yang ada kat kampung halaman aku kat Menggong, Melaka.

Bagi peminat yang suka berkebun, korang boleh jadi lebih kreatif dengan menggunakan antara alat atau perkakas recycle seperti di bawah : 
  • Kasut but hitam (getah) (macam Pua Chu Kang salu pakai tu)
  • Teko (apa apa jenis teko laa...yg macam cerek tu pon boleh)
  • Sinki (sinki kat dapur or toilet korang tu)

Ini dia Jalan Tok Kadhi. Dekat dengan jalan ni terletak lah sebuah kebun kreatif yang dipenuhi dengan tanam tanaman yang hijau dan segar ;)


Presenting...."D'Sembunyi Garden" !!!!
Entah kenapa kebun ni dinamakan D'sembunyi...pasti menimbulkan rasa ingin tahu setiap orang yang melintas kebun ini...


Dari jauh aku terpandang , terkesima dan terpaku dengan dua buah kasut but ni. Boots pun boleh dibuat hiasan kebun ke ? Sungguh kreatif la ini orang...Kasut ni digunakan sebagai pasu untuk menanam tanaman ;)


Jalan jalan lalu terjumpa pulak tiga buah teko. Selalunya Teko atau bekas minuman ni kita letak air panas...tapi Teko ini digunakan sebagai pasu jugak ;)


Wah, ada yang lagi menarik nampaknye ! Ade sinki dipenuhi dengan tanaman ! Bagus betul la si pekebun ni .. sinki terbuang pun boleh digunakan di kebun ni...hebat !
amacam, kreatif tak ! mari berkebunnn ! jangan buang kasut boots anda, sinki, dan teko yer !!
choww...
 

Designed by Alieff Artwork