(Gambar) Buang Janin Dalam Banjir : Janin Ditemui Dalam Beg Plastik Ketika Banjir !


Janin bayi ditemui dalam beg plastik ! 
Tali pusat , uri dan darah bergeluman dalam beg plastik !
gambar beg plastik yang mengandungi janin

contoh gambar janin 

katakan tidak pada jenayah pembuangan bayi !

ALOR SETAR 5 Nov. - Penduduk daerah Kota Setar digemparkan dengan penemuan janin dalam sebuah beg plastik yang berwarna kuning ! Beg plastik yang mengandungi janin dan darah itu ditemui oleh dua pekerja hotel pada pukul 11 pagi, di kawasan letak kereta depan Hotel Sentosa Regency, Jalan Lumpur di sini hari ini.

Pekerja terbabit Nor Hamidah Che Long, berkata, kawasan jalan raya di depan hotel tersebut mula dilimpahi air awal pagi dan hanya kawasan di depan tempat letak kereta tersebut masih tidak ditenggelami air.
"Saya curiga dengan kandungan bungkusan tersebut lalu mengajak kawan saya, Saidatul Zainuddin untuk pergi melihat isi kandungan beg plastik kuning tersebut.

"Bila buka bungkusan tersebut saya nampak janin bayi yang masih ada tali pusat, uri dan bungkusan itu dipenuhi darah," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia terkejut kerana darah tersebut masih baru dan janin bayi tersebut hancur.
"Tangan dan kakinya jelas nampak namun jantinanya tidak dapat dipastikan.
"Selepas itu, saya terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan mengenai kejadian ini," ujarnya.

Subhanallah, undang undang dah pun diperketatkan. Musibah banjir masih lagi belum surut. Tapi mengapa masih ada manusia berjuwa setan ni sanggup buat perkara ni lagi...Manusia sekarang dah takde jiwa...pepandailah korang pilih kawan. Jauhilah zina dan berkahwinlah jika mampu ! Jika tidak, berpuasalah anda.

Comments

Post a Comment