Cara Penjagaan Guinea Pig.

Korang still ingat tak dengan piggy piggy aku dua ekor tu ? Pixie dan Chunky si guinea pig yang suka menjerit jerit tu ? Huhuhuu...sekarang ni diorang dalam jagaan yang selamat dan lebih selesa nampaknya berbanding dulu...

Harus ucapkan terima kasih banyak banyak pada Mister Xman kerana sudi menjaga guinea pig saya dengan sepenuh hati...Terharu bila tengok guinea pig tu dapat rumah baru, bekas tido baru, dan makanan pun banyak sebab murah.

Cara Penjagaan Guinea Pig : Anda hanya memerlukan beberapa perkakas...
  • Rumah / sangkar untuk Guinea Pig (selalunya besar, macam sangkar kucing)
  • Tray / alas untuk tadah najis kecing berak cirit Guinea Pig
  • Tempat tidur / bedding yang sesuai untuk Guinea Pig
  • Habuk kayu sebagai tempat tidur Guinea Pig yang empuk
  • Habuk kayu sebagai tempat Guinea Pig melawas dan melabor
  • Makanan seperti Palette, buah, atau sayur sayuran untuk Guinea Pig
  • Bekas makanan dan bekas minuman untuk Guinea Pig
  • Tempat untuk Guinea Pig main dan bersembunyi (buat sendiri)
  • Roda sebagai tempat Guinea Pig berlari lari...(aku belum jumpa lagi yang ni)

inilah dia rumah / sangkar untuk guinea pig

sediakan tempat tidur untuk guinea pig
thanks Xman, jaga mereka bebaik yer...papehal roger mama piggy kat cheras ;)

Comments