ANUGERAH CIPAN: CONTEST KOMIK ONLINE



Salam yall ! 



Entri ini ditujukan khas kepada teman blogger yang paling sempoi, iaitu Encik Meo Silampumeon. Eh, eh, eh...bukan. Encik Meo Si Blogger Kartunis laa ! Hihi...bro meo jangan marah yer : ) Entri ni merupakan entri contest dimana aku perlu memilih satu jer komik yang paling aku suke dalam blog Si Meo nih. 

Tapi...sebelum tu, meh aku buat blog review dan introduce sikit siapa Encik Meo pada korang semua...seriesly, memang korang wajib kenal blogger senior sorang ni sebab beliau ni sangat interesting !

Review Blog : Encik Meo
  • Beliau adalah seorang blogger kartunis yang sangat rajin !
  • Beliau sentiasa mempunyai idea yang baru dan sangat kreatif.
  • Beliau menyelitkan kisah benar dan pengajaran yang berguna dalam setiap kartun yang dihasilkan.

Baiklah. Mari teruskan entri berkaitan dengan Anugerah Cipan : Contest Komik Online. Kenapa ye aku tertarik nak join contest Encik Meo ni ? Hihihi...Antara sebab musabab nye ialah : ...

Sila click sini kalau nak join !
 Nasib baek sempat join = )




  • Aku nak Encik Meo lukis karikatur aku sendiri...waaa tak ternilai rasanya hadiah tu dengan wang ringgit tau ! Hand made dengan penuh kasih sayang gitu...sape yang tak nak memang rugi ; ) 
  • Tshirt karikatur ! Wah...yang ni kalau aku menang, pastinya aku akan pakai dan tayangkan kat blog ni hehehe...edisi terhad tu. 
  • Support malaysian blogger kartunis ! Itu yang paling penting. Sekarang ni dah semakin pupus insan bergelar kartunis ni. Adanya insan macam Encik Meo dan geng geng nya telah memeriahkan lagi dunia kartun yang boleh di akses secara online. Hebat tau , so tahniah & bravo to Encik meo and his geng geng kartunis contoh macam Ijoi, Irkyu Ibrahzine, Kanben , Rahmanraof dan lain lain !

Kalau nak diikutkan syarat dari Encik Meo, seharusnya aku pilih satu sahaja komik yang paling best dari  senarai Freewebcomic blog beliau. Tapi...sungguh sukar untuk aku buat pilihan. Bagi aku, semuanya menarik...sebab kartun tu dihasilkan secara ikhlas dan aku sendiri dapat kaitkan kartun beliau di alam realiti. 3 contoh kartun yang terbaik ialah , You Are So Cute, Blogger, & Back To School Rocka.

Kenapa aku rasa 3 Komik ni paling best : 
  • Kartun You Are So Cute : Sebagai umat Islam, seharusnya kita perlu sedar...tak perlu ada istilah Couple sebelum Kahwin. Kaum lelaki, kalau dah suka dan berminat pada seorang wanita tu, cepat cepatlah merisik. Jangan tunggu lama lama. Kepada yang mampu, berkahwin lah ! Kepada yang tak mampu, berpuasalah ! 
  • Kartun Blogger : Peringatan untuk kita kaum Islam yang bergelar blogger. Yang rajin buat post, rajin main dan kod dan edit Html, rajin bagi tutorial, walau macamana pun harus lah beringat ingat. Jangan sampai lalai. Blog adalah hiburan duniawi semata mata, urusan dengan Allah itu lebih penting ! 
  • Kartun Back To School Rocka : Ini dia kisah pergaduhan remaja di sekolah, antara budak jahat dan budak baik. Klimaks cerita bila budak baik hati tu tiba tiba jadi jahat sampai tendang budak jahat 2183 ribu kilometer ke Gunung Korbu. tapi last last budak baek ni jugak kena Rotan dengan cikgu disiplin ... oh sungguh tragik !

 Kartun Encik Meo yang paling best !
 Back To School Rocka !

Berdasarkan ketiga tiga kartun di atas, nampaknya aku memilih Kartun Back To School Rocka sebagai kartun paling best !! Yeehaaa...Akhirnya dah buat pilihan ; ) Kartun back to school ni sangat ceria dan aku harap Encik Meo teruskan usaha buat sambungan cerita Back To School. Sekurang kurangnya kartun macam ni boleh mengimbau balik zaman zaman kite di alam persekolahan dulu. Ye tak ? = )

Till then Encik Meo. 

Itu sahaja yang dapat saya persembahkan dalam entri ini. Panjang lebar dibuatnya, tapi berbaloi kerana Blog Encik Meo memang sangat unik, lain dari yang lain. Keep it up Encik Meo, harapan saya semoga kartun Encik Meo menjadi perhatian dan diberi penghargaan selayaknya ; )



Comments

Post a Comment