Berhenti Berharap Pada Cinta Si Dia.

Kita selalu sandarkan harapan kita menggunung pada seseorang terutama sekali kalau orang tu orang yang kita sayang. Perlukah letak harapan sebenarnya ? Tak perlu, tak perlu mengharap akan sesuatu yang bukan hak milik kita. Semua benda dalam dunia ni hanyalah pinjaman dari Dia bukan? Jadi...teruskan je kehidupan dengan memasang harapan pada Dia, bukan untuk si dia...kerana Dia, maha arif dalam menentukan yang terbaik buat diri kita.

  saya hilang harapan...

nak harapkan apa, harapan dah takde

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab status yang awak sering ingatkan pada saya...awak dah bosan, awak dah fedup.

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab saya tak mahu buat awak benci, rimas dan hina saya lagi.

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab saya tak mahu dengar awak merungut rungut pada saya lagi.

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab saya tak sanggup nak teruskan kisah hidup yang dijadikan permainan.

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab saya nak bagi kebebasan pada awak untuk pilih jalan bahagia awak sendiri.

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab saya tak mahu lagi tolong awak yang tak nak tolong diri sendiri.

Awak , awak tau tak kenapa saya berhenti berharap?
Sebab semangat dan harapan saya dah pergi bila awak juga berhenti percaya dan berharap pada saya.

P/s : Saya tak salahkan awak. Ini semua salah saya, saya yang terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada awak sehingga membuatkan awak benci dengan diri saya. Maafkan saya.

Ok, since dah putus harap. Ini dia kata kata semangat untuk hari ini.  
Be Like A Duck !



Hahaha...paddle like hell ke?



Comments