Kes Orang Kena Culik : (Gambar) Rozaliya Mat Lazim Hilang Selepas Diekori Oleh Dua Lelaki Misteri Di Kemaman !

Siapa nampak wanita ni, sila call polis dengan kadar segera !
(semoga polis cepat cepat carik minah ni, semoga dia selamat pulang ke keluarga)
Aku rasa minah ni kena kidnap la...aku risau betul laa ! Ya Allah selamatkanlah minah ni dari malapetaka dan kekejaman makhlukmu !

Padah ! Minah yang dalam gambar tu dilaporkan hilang pada Rabu lalu, pada tarikh 13 Oktober 2010 ! Gila menakutkan ok, berita ni...minah ni hilang tanpa berita minggu lepas selepas dia dan tunangnya keluar mencari barang untuk perkahwinan diorang.

Kejadian ni berlaku masa tunang minah ni tinggalkan dia kat kedai alat dan barang pengantin di Kuantan. Tunang dia blah tinggalkan minah ni sebab dia ada urusan kat pejabat, tunang dia janji nak ambil dia pukul 3 petang...tapi perkara yang tak diduga berlaku bila minah ni forward mesej kat tunang dia macam ni .. : 

'ada dua lelaki sedang mengekori' ...&... 'abang datang cepat, saya takut',

Lepas dapat SMS dari minah tu,tunang dia pun cari punya cari tapi minah ni hilang tak dijumpai!  Mak bapak beliau pun dah report polis pada hari yang sama... - Sumber-

So, peringatan pada korang semuaa...jagalah diri bebaik...jagalah tunang korang bebaik, jagalah bini korang bebaik, jagalah family korang bebaik...jangan bagi orang yang kita sayang jalan berseorangan. Sekarang ni dunia ni dah parah...banyak manusia jahat berhati setan ! Ambiklah pengajaran, jangan dah jadi esok baru nak menyesal ~

P/s : aku menyampah dengan lelaki zaman sekarang ni, kalau kuar dengan pempuan selalu je tinggal pempuan sengsorang...kalau centu tak payah ajak keluar la lain kali ! korang tu sepaptutnya melindungi kaum perempuan...bukan biarkan pempuan tu jaga diri sendiri je...jgn pentingkan diri sendiri lah ok !


Comments