Thursday, October 28, 2010

Hidup Jangan Nak Berlagak Bajet Diri Macam Tuhan !

 
Aku sedih la bila ingat balik benda ni...yelah, sape lah aku ni kan. Pendapat aku sering diperlekehkan, ape yang aku cakap semuanya tak betul...pendapat aku semuanya tak bernas bagi kau...Kau sempurna sangat ke weh, semua yang kau cakap tu betul ke ? Kau tak pernah buat kesilapan langsung ke ? Lawak...

Susah weh kalau berkawan dengan orang yang ego tinggi...bajet semua yang dia fikir or cakap semuanya betul, orang lain semua salah...Selalu cakap orang lain tu tak betul, tapi diri sendiri tu betul sangat ke ? Dia rasa dia Tuhan kot...

Nampak tak banyak musibah jadi dalam hidup kau kebelakangan ni ? Sebab ape ? Sebab kau tak pernah nak dengar pendapat orang lain...ape yang orang tegur kau, kau fikir benda tu menjatuhkan kau...tapi ape yang kau buat tu bukan betul pun...bila kau dah dapat susah mula lah kau sebuk tanya Tuhan, kenapa musibah tak henti henti menimpa diri kau...

Moralnya, lainkali jangan suka memperlekehkan orang lain...Hormati pendapat orang lain, walaupun perkara tu susah nak diterima dek akal ko tuh...ingat, kau bukannya Tuhan. Kau tak sempurna, jadi jangan berlagak semua benda yang kau buat tu 100% lebih baik dari orang lain...jadikan entri ni sebagai pengajaran hidup !



 

Designed by Alieff Artwork