Kenapa Burung Terbang Dalam Bentuk V ?

Aku suka tengok langit.

Paling best kalau dapat tengok burung-burung terbang balik rumah waktu senja. Tenang, cantik ciptaan Allah ni. Huhu...Satu persoalan yang selalu aku pikir tentang burung ni, kenapa ek burung terbang dalam formation "V" ? Terror pulak burung-burung ni terbang buat formasi...sape yang ajar diorang ? 

Diorang ada akal ke nak select sape ketua pilot yang akan amik tempat paling depan masa terbang ? Hebat kan burung ni sebenarnya...Tak payah belajar tinggi-tinggi dah boleh jadi pilot ! So, soalan by soalan sedikit demi sedikit telah terjawab bila baca wikipedia dan laman web yang lelain tu...


Burung bijak ! Terbang burung terbang !
 why in do birds fly in v formation ?



Burung ketua pilot, tak pergi sekolah tapi boleh jadi pilot!

Mari terbang beramai-ramai !

Burung buat aksi penerbangan formasi V!

Keindahan, keajaiban burung ciptaan Allah

Burung Terbang formasi V

Fakta tentang burung : Kenapa Burung Terbang dalam bentuk V (Bird fly in V formation)
  • Burung yang terbang bersendirian akan jadi lebih penat dan letih berbanding burung yang terbang ramai-ramai sebab aliran udara tu terpaksa diharungi sorang-sorang, maka nak terbang pun rasa berat. Kalau burung terbang beramai-ramai, aliran udara tu pecah...jadi kalau nak terbang pun rasa ringan je.
  • Burung kalau nak terbang mesti ada ketua kat bahagian depan sekali. Ketua burung ni memainkan peranan penting untuk pecahkan aliran udara tu supaya kawan-kawan yang lain dapat terbang dengan mudah.  Jadi ketua pilot burung sebenarnya lebih letih berbanding kawan-kawan burung yang terbang di bahagian belakangnya.
  • Ketua pilot burung takkan selamanya jadi ketua. Setiap burung yang pernah jadi ketua akan rasa penat bila dia terbang. Jadi ketua pilot yang dah penat akan bertukar tempat dengan burung lain yang sudi jadi ketua pilot pulak. Tugas ketua pilot burung sebenarnya bertukar-tukar, dan semua burung yang terbang dapat rasa jadi ketua pilot burung.Macam ni, barulah adil.
  • Formasi berbentuk V akan memudahkan pernebangan burung. Burung-burung akan senang berkomunikasi sesama mereka dalam bentuk V. Lagipun, pemandangan yang lebih luas dapat dilihat jika mereka terbang dalam bentuk V.

Burung terbang bentuk V @ Birds fly in V formation !

Pertunjukan burung terbang di festival.

Subhanallah, ciptaan Allah.

Burung pun boleh jadi pilot tau !

Keajaiban burung terbang bentuk V ! I love it...
Persoalan dah terjawab ke ? Tapi camne diorang leh jadi bijak...alaaa...camne...subhanallah ;)



Comments

  1. satu info yang sangat menarik.

    burung2 nie dulu belajar fizik...

    ReplyDelete
  2. saya pernah tgk masa kecil di Bangsar...

    ReplyDelete
  3. ohh! begitu rupanya. Eeeee indah gila kan ciptaan Allah. Buat I tak sabar nak pakai tudung dan mengabdikan diri ni kat Dia.

    ReplyDelete
  4. formasi ini yang jadi ikutan dalam formasi perang.

    ReplyDelete
  5. subhanallah...masing2 dah tuhan bagi kelebihan :)
    gembira lak aku nengok burung2 nih...hehe

    ReplyDelete
  6. ada satu lg sbb nape diorang wat v formation dan x wat mcm susunan kereta mcm traffic jam smlm kat highway.

    sbb masing2 x nak tgk buntut burung kat dpn diorang. dah la berak x basuh. hehehe...

    ReplyDelete
  7. Formasi V ni da mnjdi ikutan jet pejuang

    ReplyDelete

Post a Comment