Thursday, September 23, 2010

Kenapa Perempuan Suka Bagi Mesej Panjang & Lelaki Suka Bagi Mesej Pendek.

 Gambar mesti nak cambest je ;)

Err...korang tau ke kenapa perempuan suka taip mesej panjang lebar dan kenapa lelaki suka taip mesej pendek pendek? Aku pon pelik laaa. Ok, sebagai kaum perempuan aku mengaku aku pun tergolong dalam orang yang suka taip mesej panjang lebar. Hahha...tapi ikut mood gak laa. Kalau aku tengah takde serabut, aku tak layan mesej orang. Anyway cuba korang tengok beza mesej perempuan dengan mesej dari lelaki...
Contoh mesej dari perempuan :

Morning, selamat pagi dunia !! weh ko buat ape tu..aku boring la harini. Jom kuar lepak ke tengok wayang ke, hehe..

Contoh mesej dari lelaki :

Free tak, jom kuar ;)

Contoh mesej dari perempuan :

Sayang ! I love youuu, rindu laa muah muah muah. Sayang rindu kite tak ? wuwuwuuuu...


Contoh mesej dari lelaki :

:)  (simbol senyum je?)



Huhu...korang nampak tak perbezaannye tuh ? Perempuan punya la bagi mesej panjang lebau, yang lelaki jawab sepotong je. Hahaha...kenapa ek...aku rasa sebab...ni aku main hentam je la. Kalau korang ada pendapat lain korang bagitau aku ek. Haha..

Lelaki taip mesej pendek je sebab:
  • Tegas. Straight forward. Lurus je, no belok belok.
  • Malas nak bunga bunga, banyak lagi kerja nak dibuat.
  • Takde idea nak taip dalam mesej.
  • Tak suka menekan dan mengadap keypad je. Dari picit keypad baik call terus.
Perempuan taip mesej panjang sebab : 
  • Lebih kreatif & imaginatif.
  • Memerlukan seseorang untuk mendengar luahan perasaannya.
  • Suka memicit keypad, kalau tak picit keypad benda lain plak yang dipicitnya macam picit jerawat.
     

    Designed by Alieff Artwork