Gambar Kenangan Terindah Bersama Aiman : I Love You Sayang, Semoga Tenang Dan Aman Kamu Di Sana.

Mana-mana orang mukmin yang Allah matikan anak mereka ketika masih kecil, kesedihan yang mereka tanggung tidak terperi, kerana kesabaran mereka menerima dan menanggung bebanan yang berat itu, Allah balas syurga kepada mereka, dan anak-anak itu akan menjadi penghibur kepada mereka di dalam syurga nanti. 
Semua Tentang Dirinya Yang Takkan Dapat Dilupa..

Semua yang berlaku antara kita ada hikmahnya...terima kasih kepada Allah kerana menemukan aku dengan adik Aiman, terima kasih atas kesempatan yang diberikan...tempoh internship aku di Sekolah Lelaki Jalan Batu selama 4 bulan hari tu telah memberi peluang untuk aku, pejal dan pais mengenal siapa Aiman...

Seorang kanak-kanak Sindrom Down yang comel, lincah, hyperactive, masih pelat dalam bertutur. Seringkali badan Aiman lebam-lebam bila cikgu buat spotcheck...entah siapa yang pukul Aiman tu...tak berperikemanusiaan kat budak kecik ni...kat sekolah, Aiman selalu mengadu kat cikgu, tunjuk kesan lebam-lebam kat badan, Aiman mengaduh "aket"...

Aiman suka main dengan cikgu...suka sangat-sangat. Aiman suka main masak-masak...konon-konon ajak cikgu main dengan Aiman...seronok gile layan Aiman, hihi...Paling best, Aiman suka cium cikgu !! Dengan mulut Aiman yang ada air liur tu kan, Aiman muncungkan mulut cium cikgu sepuas hati...nampak sangat Aiman ni macam baby ;)

Aiman suka lari satu sekolah kan, kalau cikgu terlepas pandang je...Aiman lari sekuat hati pusing satu sekolah. Aiman meluru masuk dalam kelas normal sampai budak-budak normal terkejut dan tangkap Aiman...Aiman gelak, aiman suka orang tangkap Aiman kan? Cikgu tau...Aiman memang suka lari...

Aiman, ade satu hari tu kan, cikgu relief kelas Aiman...masa tu cikgu tension giler la dengan Aiman...Aiman taknak ikut belajar, tapi Aiman pergi main selak-selak buku kat belakang...cikgu pun marah la aiman kat almari buku tu, lepas tu Aiman pergi tolak almari tu...habis semua buku-buku dalam almari jatuh , almari pun tumbang sekali...cikgu pun bagi la berdas-das cubitan kat Aiman...huhu...

Aiman, satu hari tu kita pergi main kuda kat TUDM, kita naik kereta Penyelaras Pendidikan Khas, Guru Besar pun ada dalam kereta tu...hihi...Aiman seronok sangat waktu tu...dalam kereta, Aiman asyik ajak borak je sampai cikgu penat nak layan...tapi cikgu happy, Aiman peluk cikgu, belai kepala cikgu dalam perjalanan pergi TUDM tu...Aiman cium cikgu...

Cikgu teringat masa Aiman first time pergi tengok kuda...Aiman suka sangat-sangat...Aiman sayang kuda tu, aiman suruh cikgu dukung Aiman sebab Aiman nak pegang kepala kuda tu...paling kelakar sekali, cikgu paling tak tahan bile Aiman kutip taik kuda tu dan baling kat muka kuda tu...merengus kuda tu ! 

Aiman, dalam bilik rekreasi tu ada hantu ke Aiman...Aiman selalu cakap dengan cikgu yang ada hantu kat hujung siling bilik tu...bila tengok siling je, Aiman jerit "akuuuuttt, annttuuu". Cikgu pun naik seram tengok siling tu walaupun cikgu tak nampak hantu jembalang yang suka kacau Aiman tu...

Aiman takut lipas kan? Kalau Aiman degil je, cikgu amik lipas kasi kat Aiman...huhu...Lagi satu, Aiman ni manja sangat, Aiman tak suka kena panas matahari kan ? Bila kena panas je, mula lah Aiman merengek-rengek...

Aiman, kenapa Aiman tak suka berdiri waktu perhimpunan ? Waktu perhimpunan mana ade orang duduk la Aiman, semua orang bangun nak nyanyi lagu negaraku tau...Cikgu minta maaf ye Aiman, cikgu tarik Aiman kuat-kuat sebab nak suruh Aiman bangun...lepas tu Aiman kata "aketttt" sebab cikgu tarik kuat sangat...urm...

Cikgu tak salahkan takdir Aiman dah pergi, cikgu tak salahkan sesiapa Aiman dijemput Ilahi, apa yang cikgu tahu...cikgu pasti...cikgu dan merasai manisnya waktu waktu bersama Aiman walaupun dalam tempoh 4 bulan kita jumpa kat sekolah...Cikgu bersyukur dapat kenal Aiman, dapat sayang Aiman, dapat curahkan sayang cikgu untuk Aiman...

Alangkah indahnya waktu kita bersama...tiba detiknya Aiman pergi, hati cikgu berat sungguh untuk terima kenyataan, namun segalanya adalah kehendak Ilahi...Aiman pergi meninggalkan seribu satu kenangan yang amat sukar diungkapkan dengan kata-kata...

Comments

  1. semoga adik aiman ditempatkan bersama org beriman. be strong, k. :( sedih baca entry nih.

    ReplyDelete
  2. kenapa dengan Aiman? macam mana dia boleh meninggal? sakit ke apa?

    moga arwah dicucuri rahmat.

    ReplyDelete

Post a Comment