Sunday, January 30, 2011

Asam Boi Ada Arak aka. Liquor !

Haa...jangan nyonyot sebarang nyonyot ! Korang suka nyonyot asam kan ? Asam mana yang korang suka makan ? Asam boi, asam baldu, asam cermai, asam halia, asam mangga, haaa banyak jenis asam aku dah sebut ni (sejak berkawan dgn makcik jual asam ni hehe). Korang tau ke cara pembuatan dan penghasilan asam ni ? Confirm ke asam yang korang nyonyot tu halal ?

Alkisah aku terbeli satu packet asam mangga kat sebuah kedai tu...ish!! Dah makan da separuh lak tu...siap bagi kawan-kawan makan lagi. Ciss, bila dah hampir separuh makan tu aku check belakang packet tu...tgk ingredient ada perkataan liquor ! liquor ! liquor !

Asam boi ? Ade liquor ?
Jaga-jaga, asam yang anda makan mungkin dibuat dari bahan arak ?

Liquor = Arak




Pastikan ada tanda halal pada bungkusan, dan lihat bahan yang digunakan !
Lainkali jangan main beli je !

Masalahnya ! : 
  • Ada tanda halal , tapi ingredient ada liquor
  • Tiada tanda halal, tapi tiada penggunaan liquor
Susah macam ni ! Oklah. Ni aku nak nasihatkan. Bukan semua asam yang kita makan tu haram dan mengandungi arak. Kita kena tengok betul-betul dan pastikan ada tanda halal pada bungkusan yang kita beli tu. Teliti bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan asam tu. Kenal semua ingredeint dia...baru beli.





 

Designed by Alieff Artwork