Monday, January 10, 2011

Tips Menjadi Blogger Yang Hebat.

Siapa nak jadi blogger hebat, blogger diva, duta blogger di Jalan Duta ??? Wah ramainya nak jadi blogger hebat yer. Nak jadi cool macam JustKhai ? Takde masalah...meh aku tolong korang . Aku kan dukun blogger. Hahaha ;) 

 Ceh dengar dengar minah ni dah ade blog. Tapi bila bukak, tak boleh nak access plak ! Hampess.

Fuhh giler semart tajuk aku ni kan. Hik hik hik. Poyo seh. Takpe takpe, nak kongsi sikit ahh pendapat aku dengan korang..Ramai betul mengejar trafik dalam blog kan ? Wootss! Kejar jangan tak kejar...termengah mengah Lisa Surihani nak lari...

Tips Tips Menjadi Blogger Hebat, Mantap Secantik Lisa Surihani :
  • Konsisten menulis blog
Huhu...korang tak boleh honeymoon honeymoon macam blog silampuneon ni. Kena konsisten menulis . Setiap hari mesti ada post entri baru, kalau boleh 5 entri baru untuk satu hari. Huhuhu...ni yang paling penting korang mesti kena ada laptop kecil dan brodband untuk update blog setiap masa dimana jua. Tak pun sekarang orang pakai handphone yang ada wifi jer . Tengah berakpun korang boleh update blog . Blogger yang boleh menjadi contoh : Cikgu Zara (rajin update seh)
  • Penulisan yang berguna bukan penulisan emosional peribadi je.
Apa yang korang sampaikan kat blog mestilah ada gunanya bila orang membacanya. Kongsi semua tips tips yang korang ada. Kongsi petua nenek moyang yang korang tahu, sebab orang lain mesti nak tahu gak. Bukan korang tak boleh nak cerita pasal peribadi, cuma bende tu susah nak dikongsi dengan hal orang lain sebab hal peribadi orang lain tak semestinya sama dengan korang. Blogger yang boleh jadi contoh : Sifu Ariey (Rajin kongsi ilmu agama & internet)
  • Pedulikan berapa banyak komen
Hahaha, ini lagi satu. Kenapa nak kejar banyak komen ? Tak payah weyyy...komen tu tak penting sangat bagi aku ni. Aku cuma pentingkan komen komen yang tulus ikhlas yang bagi idea dan pendapat yang bernas je. Kalau takat nak letak sepotong suku kata, aku tak heran sangat laaa. Jangan kejar bilangan komen, nanti entri baru tak terbuat pulak. Contohnya macam aku, hehehe...pedulik la takde komen sekali pun aku tetap akan buat entri. Yang penting trafik dari google search untuk Lisa Surihani tetap masuk ;)

  • Drop komen, dan balas komen 
Haaa...yang ni penting wehhh. Pergilah menjelajah blog blog diva...disebabkan korang nak kejar trafik, korang tak boleh buang masa dekat blog picisan macam aku ni. Korang kena pergi blog blog yang (dot)com yang popular tu. Jadikan mereka sebagai kawan, dan rajin rajin lah bodek dan komen blog mereka. Hihi..tapi kalau nak komen kat blog picisan , gua takde hal...itu menunjukkan korang memang mesra rakyat ;) Bila korang rajin drop dan balas komen, trafik menjulang laaa. Blogger contoh : Kennysia laaa memang rajin komen blog orang. Blog aku pun ade gak dia komen-komen...tapi komen dia suku kata je la..bukan dalam bentuk ayat (tsk).
  • Aktifkan diri mu
Kata nak jadi blogger hebat? Jangan la duduk cam taik kering je dalam bilik asyik tumpu pada blog korang je (contohnya macam aku ni) hahaha. Pergilah join contest dan event, tunjukkan kebolehan diri korang yang hebat dan mantap lagi segar tu. Nuffnang kan banyak buat event, Advertlets pun banyak gak. Benda nak join pun selalunya free...dari situ mungkin korang akan dapat lebih banyak peluang untuk jadi Diva . Contohnya macam RedMummy tuh ;)

Hah, tu je la sesi ringkas bersama dukun blogger, silampuneon. Nak percaya atau tak, korang kena try dulu lah sebab aku ni tak terror sangat. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, macam tu lah gayanyaaa ;) Kena pandai bodek sikit, control cun sikit je.Jadi lah tu. Chow !



 

Designed by Alieff Artwork