Suka lambatkan waktu sembahyang???
Pengakuan benar !! Aku rasa aku ni teruk gila laa dari orang yang tak solat tu. Berbanding orang yang tak solat, aku lagi teruk kot? Sebab nya, aku ni suka melambat-lambatkan solat. Aku memang tak suka tinggalkan solat, tapi aku masih tak dapat kikis sikap melambat lambatkan solat ni. Fuhh, pengakuan berani mati.
Kadang kala kes aku ni bertambah teruk bila tertidur sampai terlajak 2 - 3 waktu solat. Kalau balik class waktu zohor, tertidur sampai magrib tu...sah sah lah aku qada' balik solat tu. Makk ai, selalu pulak tu ;( Aku tahu...sedangkan qada' waktu solat dengan sengaja pun dah kira berdosa...tapi masih lagi buat. Hurm. Ishhh. Tapi ade gak kan orang yang kalau terlajak tu langsung tak ganti ganti...gila la aku taknak berhutang dengan Allah.
Insafi diri, sejenak.
Baca lagi kalau nak insaf !
Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembah Tuhan, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Tuhan permudahkan kita untuk menyembahNya. - Sumber
Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- Sumber
Seksaan Bagi Oyang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat : Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah :
Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :
- Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
- Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
- Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
- Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
- Ingatlah bahawa setan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
- Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu titibe mati pulak, rugi je.
P/s : Korang pulak macam mana? Ada pendapat dan nasihat yang lebih baik ? Come on kongsi laaa ;)
thanks neon
ReplyDeleteaku yang slalu lewat tuh.
semoga aku lebih baik kan.
hang pun macam tu tau.
oh, berhenti blogging untuk solat kan; ye lah, aku berenti la nih. dah ambik wudu' tadi, tapi TERk pulak, nak pi ambik balik la nih.
huhu
ReplyDeletetakut nya...
tggal insyAllah xpenah
tp kalo lmbat tue selalu la sgt
wuuuwuuu
Salam.
ReplyDeletePeringatan untuk kiter bersama.
Saya pun selalu terlewat dan sengaja lewatkan solat...
Tak bagus2...
Sama2 kite perbaiki diri kita ye..
Lagipun, nak jadi cikgu kene tunjuk tauladan yang baik kan....
Wallahu A'lam
mesti ada yang baca entri ni, tp x solat lg. contoh nyer... aku. eh.
ReplyDeleteneon..aku suke entry ni..terima kasih...kadang2 aku pun mcm kau jugak...ye la. manusia kan.pape pon kau dah sedarkan aku...terima kasih kawan :)
ReplyDeletesalam.. a good reminder indeed.. (adik saya post link ni kt fb dia ;) )
ReplyDeletetentang tangguh solat, maybe boleh refer kt link ni..
http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/190-tangguh-solat.html
andai kata tersgt ngantuk, afdhalnya kita tidur dulu (kalau masih awal waktu). begitu juga kalau ada mknn sedia terhidang, mkn dulu juga baru solat.
katalah kita terlepas solat sbb tertidur atau terlupa, bila ms kita sedar, terus tunaikan solat. waktu kita sedar tu dikira waktu utk tunaikan solat tersebut. ttg qadha solat, adalah utk waktu yg sengaja kita tinggal.
antara cara lain: bila berdoa kita khususkan doa, minta jd hambaNya yg menjaga solat.. siapa lg penjaga terbaik kalau bkn Dia yg Esa kan.. :D
insyaAllah.. selagi ada usaha, itu yg penting :)
mekacih la cik neon,utk entri bermanfaat nih...smoga kiter sma2 mengubah sikap ni deh,hehehe...ambe memang selalu lewat,terutama biler tertido nih...
ReplyDeleteYezza.. peringatan yang baik buat kita semua.. Btw.. rasanya kalau terlajak tidur pada waktu asar dan maghrib tu bukannya sengaja pun.. tp kalo zohor.. konfom sengaja.. hehe.. sal tido time zohor kan.. haha..
ReplyDeletethanks neon..
ReplyDeleteaku nak g solat ni
kita dah termasuk dalam golongan
ReplyDeleteorang yang rugi.
Mak Ana raffali suruh korek bakat
Waktu subuh paling ramai tinggal. Yang peliknya ada orang boleh berjaga tengah2 malam, alih2 time subuh tido pulk. Iskh3..
ReplyDeleteTerbaru di SuaraSendiri
Utama : Wikileaks - Laporan Ananda untuk PDRM
thank's...sebaek2 nya amalkan solat berjemaah...
ReplyDeletetq sgt2 la neo for da good info ni..bc je ni trus p solat..sgt tkut..huhu..
ReplyDeleteAssalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
ReplyDelete"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).
"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"
P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.
thx sharing... memang prihatin terhadap kite org islam ye.. :D same2 la kite elak hukum2 Allah tu..
ReplyDeleteBolehkah tuan admin dapatkan status hadis yg digunakan? Trimas
ReplyDelete