Dilema Seorang Blogger : Politik Punca Pepecahan Dan Perbalahan Antara Kaum Di Malaysia !! Politik Macam Najis !!

Tengok laa betapa aku benci benci betul permainan politik kat bumi ni...kenapa kalau ade politik mesti nak main kotor ? Kenapa ? Kenapa orang yang berpolitik semakin rosak mindanya ? Kenapa tak berpolitik secara profesional ? Semakin lama kandang politik makin kotor, penuh najis...hina betul !

Apa jadik pada kita ? KIta dah mula menuding jari salahkan cina, salahkan india, malah kita juga menyalahkan kaum tercinta kita sendiri, kaum melayu ! Apakah semua ini ? Berlaku hanya sebab mainan politik...najis ! 

Macam ni ke nak suruh aku undi untuk keamanan negara ? Masing-masing punya parti macam haramm je aku tengok. Ape semua ni ? Wehhh minda orang melayu pon dah semakin miskin aku tengok...bila kaum  sendiri berpecah, sah sah laaa perpecahan tu berlaku dalam agama sendiri...dimana keamanan, kedamaian yang seharusnya dipupuk oleh umat Islam ?

Islam di mata dunia pun semakin tercalar, dikatakan terrorist, dikatakan pembunuh, dikatakan seperti setan !  Kalau luar negara anggap kita macam tu, ia sedang berlaku dalam negara kita sendiri ! Tapi siapa yang buat nama Islam macam tu, siapa yang mulakan? Berbalik kepada parti-parti politik yang dipimpin oleh orang yang tidak berotak...

Ahhh, terima sahaja hakikat dunia semakin musnah...! Tiba tiba saja saya rasa amat tak bersetuju kalau guru dibenarkan berpolitik. Saya taknak guru rosakkan minda anak-anak murid kat sekolah ! Saya taknak martabat perguruan terpalit taik...

Tapi takpe gak laa kalau guru tu nak berpolitik, asalkan dia tahu keseimbangan, dia tahu jaga akauntabilitinya sebagai seorang guru..tapi guru zaman sekarang dan guru zaman dulu lain , neo ! Semua nak kejar duit, semua nak kejar glamour ! Ahhh...camne nih? Dilema betul duduk dalam negara yang dikatakan aman, tapi sedang  nampaknya dilanda kemusnahan !

Comments

  1. betol 2...kalau boleh semua hal nak dicampurkan dgn politik..
    =.="
    sedih betoi...

    ReplyDelete
  2. vote for no BODY...
    NO BODY WILL TELL THE TRUTH...

    ReplyDelete

Post a Comment