Salam takziah, innalillah. Kanak-kanak ni tak berdosa apa pun, dalam bacaan aku, kanak-kanak yang dijemput Ilahi dalam usia macam ni...dia akan duduk dalam syurga bermain di tasik penuh susu dan madu...Semoga segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar hendaknya...rasa simpati pada keluarga mangsa, terutama ibu kepada kanak-kanak berusia 3 tahun yang disembelih oleh bapanya sendiri..Astagfirullah al azim..
Bapa sembelih anak umur 3 tahun ! Kejadian ngeri yang sama berulang, hari tu kes sembelih isteri ...
ahhh ! Seriau...
ahhh ! Seriau...
Lets say if bapa dia benar-benar ada masalah mental...setahu aku, memang dia tak berdosa sebab dia takde akal fikiran. Kalau bapa dia masih waras, mungkin dia berdosa laa...ini just pemikiran aku jer...sebab orang gila kan masuk syurga...dia tak akan dihisab kan ?
Budak lelaki tiga tahun mati disembelih bapa kandungKejadian sembelih menyembelih anak bini ni semakin berleluasa pula. Dunia semakin tua, semakin nak dekat dengan kiamat...dunia melahirkan insan yang tiada jiwa dan tiada ihsan...semoga Allah sentiasa melindungi kita semua, umat islam..jaga diri you all...
24/08/2010 5:05pm
KOTA BAHARU 24 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai disembelih bapa kandungnya di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 11.40 pagi tadi, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala lelaki yang menyerangnya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih dirinya sendiri.
Menurut datuk mangsa, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, beliau menyedari kejadian itu setelah diberitahu oleh anaknya, Nik Suzila, 32 iaitu ibu kepada Adam Muzzaffar.
Nik Hashim, yang ketika itu sedang berehat di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa, terus menghubungi polis yang kemudian menahan lelaki itu dan merampas sebilah pisau di tempat kejadian.
Lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 33 tahun dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Lelaki itu, seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kota Baharu, dipercayai sudah lama tidak makan ubat bagi rawatan penyakit mentalnya itu.
Adam Muzaffar adalah anak kedua daripada tiga beradik.
Ketika kejadian, adik bongsungnya, Suhaida, 2, ditinggalkan oleh ibunya di rumah Nik Hashim kerana menolong jirannya melapah ayam.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim yang ke tempat kejadian, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh. -Sumber-
Comments
Post a Comment