Skandal Pelajar & Pensyarah.


Skandal pelajar dengan pensyarah dah banyak berlaku kan? Ada yang berusap-usap tangan, usap bahu, usap peha, macam-macam tempat diusapnye. Huah ! Relek relek okay, aku takde skandal dengan pensyarah mana-mana, cuma aku rasa bahagia gila bila sorang pensyarah layan aku dengan usapan macam ni...Hehe...Korang jangan pikir lain ok !

Terima kasih pada Puan Besah aka. Mentor untuk thesis aku !! Aku rasa bahagia, rasa nak nangis pun ada nih! Sepanjang bulan demi bulan ni, aku tertekan buat thesis, dia je lah tempat aku mengadu domba. Ecewah...Aku bersyukur sangat-sangat diletakkan di bawah Puan Besah yang cool ni. Sayang weh...

Berbanding dengan kawan-kawan yang lain, ade yang menangis sebab dapat lecturer yang hati batu, keras, dan kuku besi. Tapi Puan Besah tak !! Puan Besah banyak bagi dorongan , galakan, motivasi, dan usapan manja ! Belaian seorang ibu kepada anaknya...wah, terharu ;)

Puan Besah : "You kena tetapkan iman dengan kajian yang you buat, jangan cepat terpedaya dengan cakap-cakap orang lain. Thesis you ni, hak you. You yang create, you yang the only one faham ape yang you kaji. Kalau orang lain attack you, you belasah dorang balik. Teguh pendirian atas ape yang you buat. Faham tak nurul? Sekarang ni, you buat pembetulan dan banyakkan citations, yang lain-lain I tengok semua dah okay ;) "

Sambil Puan Besah cakap benda ni kat aku, dia pegang tangan aku, genggam erat punya, and renung mata aku. Dia cakap sungguh-sungguh dan yakinkan aku, aku boleh buat kajian ni dengan jayanya. Gila la, aku sayang gila pensyarah ni kali ni !

P/s : Puan Besah bukan nama sebenar. wakaka..I love youuuuu... ;)


Comments

Post a Comment