Maksud Rukun Sembahyang : 13 Rukun Sembahyang Yang Perlu Diketahui

Siapa ingat rukun solat ada berapa ? Haaa...jeng jeng jeng...

Hello adik adik ! Nak tau tak rukun sembahyang tu ape ? Rukun sembahyang tu maksudnya perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. Kalau tak buat semua perkara-perkara ni, tak sah sembahyang kita tau !

Rukun sembahyang ada 13 semuanya : 


  1. Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun takpe. 
  2. Niat 
  3. Takbiratul Ihram - Ucapkan Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
  4. Al Fatihah - Mulakan dengan bismillah, habiskan dengan Waladhaallinn...
  5. Rukuk + Thumakninah - 90 darjah ye bongkok, jangan bongkok malas malas. 
  6. Iktidal + Thumakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
  7. Sujud 2 X dengan Thumakninah - Membongkok dengan dari paras lantai.
  8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah - Duduk kejap lepas sujud yang pertama, yang baca robbirfirghli tuuu...
  9. Duduk Tahaiyat Akhir - Haaa, tahaiyat akhir ni kene buat ni ! 
  10. Membaca Tahaiyat Akhir - Jangan lupa baca bacaan tahaiyat akhir okay...
  11. Membaca Selawat - kita bacakan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bila nih? Waktu Tahaiyat laaa.
  12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.
  13. Tertib - ikut aturan dan turutan , perkara lain selain dalam rukun ini dinamakan sunat.

Bagaimana jika kita tertinggal satu perkara dalam solat : 
  • Kalau kita terlepas tahaiyat awal dalam solat kita, setahu aku tak salah. Sebab ia bukan dalam rukun solat. Rukun solat perlu ada Tahaiyat Akhir...
  • Kalau kita rasa kita lupa buat salah satu rukun sembahyang, kita perlulah buat sujud sahwi, sesesudah tahaiyat tapi sebelum kita bagi salam.

  • Maksud Dan Bacaan Sujud Sahwi : Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca: Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x) "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"

P/s : Sharing is caring, jangan lupa komen kalau aku ada salah bagi maklumat okayy. Chow !

Comments

  1. eyh,sy pun br berkira2 nk tulis psl rukun solat.huhu

    ReplyDelete
  2. bukan subhanalladzi.. tapi subhana mallaayanaa muwalaa yas huu.. :)

    ReplyDelete
  3. slm.. lafaz niat tidak wajib.. yg wajib niat hati.. kalo kite lafaz niat btul tapi niat hati lari, maka tidak sahlah solat kita. kalo kite tak lafaz, tapi dlm hati kite tau nk solat ikut waktu yg relevan, mengikut rakaat yg ditetapkan, insya Allah sah solat kita. :)

    ReplyDelete
  4. Subhana malla yanamu wala yashu

    ReplyDelete
  5. i am understanding that you are doing worship in this image if yes than my thinking is right.

    ReplyDelete
  6. kalau tertinggal rukun. batal solat. maknanya kalau tertinggal fatihah, kena bangun semula. yg sujud sahwi,kalau tertinggal sunat/wajib. ada beza antara rukun , dan wajib. ok.

    ReplyDelete
  7. ...confuse....berkenaan bacaan sujud sahwi
    . mana satu yg betul...yg tulisan rumi atau jawi...kan beza bacaan hujungnya tu...pls call sy di 012-9701824...

    ReplyDelete
  8. Lafaz niat xwajib..niat dlm hati masa takbiratul ihram yg wajib..

    ReplyDelete
  9. Sedih bila masih ada dikalangan kita org Islam yang mempercayai nombor 13 membawa perkara yg buruk, sedangkan kita melakukan perkara yg 13 itu 5 kali sehari. Berhati2 dgn musuh2 Islam yg sentiasa sesat dan menyesatkan. Kuatkan iman kita..13 adalah sesuatu yg mulia bagi kita umat Islam.
    Just a thought...

    Salam
    Amir

    ReplyDelete
  10. mana boleh lafaz niat semasa takbiratulihram...salah tu...ikut tertib..org malaysia selalu lupa...dah rukun ikut tertib kena niat..niat je la..pastu takbir..tidak ada nas dan dalil yg sahih bahawa kena niat (dlm hati lah) semasa takbir...jgn susahkan diri sendiri sampai kekadang bertakbir berkali2 semata2 niat semasa takbir..Rasulullah tak suruh buat mcm tu... "jangan permudahkan agama islam tetapi kembali kepada sifat agama islam yg mudah"

    ReplyDelete
  11. as salam..setahu saya, bdasarkan ceramah ustaz kazim dan blog tok kenali..niat adalah yg mula2 sekali..manakala tomakninah adalah tertib.. kalau buat yg no 2 dulu dah tak tertib la..innama a'malu binniaat
    wallahua'lam

    ReplyDelete

Post a Comment