Guru Vs Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Kes bunuh Cikgu dengan PPM !! Gempak siot kes ni...siapa yang bunuh siapa ? Cikgu cekik PPM sampai mati ke atau PPM yang cekik cikgu sampai mati ? Jom kite tengok kes ni dengan lebih mendalam ! 


Suasana hangat dekat sekolah. Macam tu lah. Bergaduh-gaduh aku tengok antara cikgu-cikgu dengan penolong pengurusan murid (PPM) dekat sekolah ni. Hello, bukan sekolah aku je. Semua sekolah yang aku pernah pergi, mesti keadaannye macam tu kenapa ?

Persoalannya, kenapa PPM memang tak sebulu dengan cikgu ? Kenapa cikgu selalu pulaukan PPM ? Kenapa antara cikgu dan PPM sorang pun susah sangat nak manis muka bila duduk dalam kelompok yang sama ? Ya, dimanakah silapnya... :
  • PPM kena buat kerja basuh berak budak, ade PPM yang tak suka buat kerja tu, so dia banyak mengelat je. Cikgu benci perkara tu sebab kalau PPM tak basuh berak budak, cikgu yang kene basuh.
  • PPM kerja office hour dari pagi sampai petang, cikgu kerja sampai tengahari je. Lepas cikgu habis kerja, cikgu banyak tambah kerja kat PPM sebab PPM. PPM tak suke cikgu suka suka hati mengarah diorang.
  • PPM orang bijak pandai. Ade degree,  ade diploma, bila cikgu yang takde degree cakap atau bagi arahan dekat dia, dia rasa tercabar. PPM taknak ikut dan buat arahan yang cikgu bagi dekat dia.
  • PPM kerja macam cleaner. Bila cikgu arah dia buat macam-macam dekat sekolah, dia rasa diri dia hina dan tak layak buat kerja macam cleaner tuh. So PPM tak nak buat, jadi cikgu cikgu extra bengang.
  • PPM lepak tak jaga budak. Ade masa-masa tertentu cikgu cikgu jadi terlampau sibuk handle aktiviti sekolah, PPM duduk lepak borak-borak sesama geng dia. Cikgu pun naik hangen.
So camne geng ? Kalau aku ni sebagai cikgu yang baru masuk sekolah, bila aku baik dengan PPM...cikgu veteran jeling-jeling. Kalau aku baik dengan cikgu...PPM plak taknak bercakap dengan aku. Kan berat sebelah namanye tu...

P/s : Hahaha aku bersifat atas pagar sebab aku rasa cikgu dengan PPM memang saling memerlukan. Kalau masing-masing buat hal susah nak jalan kerja dekat sekolah tuuu... ;)


Comments