Karnival Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan.

 Cikgu Neon nak jemput semua pergi Karnival OKU Heboh !! Hari ni !! Jomm

Pheeewiiit ! Untuk makluman semua, cikgu nak umumkan yang hari ini akan berlangsung sebuah Karnival Usahawan Pendidikan Khas bagi zon wilayah persekutuan. Karnival ni lebih kurang macam Jom Heboh laaa mesti heboh punya sebab semua sekolah pendidikan khas area wilayah persekutuan berkumpul dan buat aktiviti menjual-jual.


Jadi, saranan cikgu kepada semua yang nak datang, sila pastikan duit dalam poket teballl ! Macam-macam nanti yang nak kena beli. Hehehe ! Orang ramai pun dijemput hadir...bawak lah keluarga , boyfriend, atuk , nenek, bibik dan jiran untuk datang ke Karnival Pendidikan Khas ini !

Cara-cara nak pergi Karnival Pendidikan Khas :

Tarikh : 28 Julai 2010
Waktu : 8.00 pagi - 3 petang 
Tempat : S.K Seri Permaisuri , Cheras , Kuala Lumpur  (Bersebelahan dengan Jabatan Teknologi Maklumat)
Gerai : Cikgu Neon akan berada di gerai nombor 11 ! Ada jual Nasi Lemak, Laksa Mambo, Buah, Air, dan Kraf tangan !
Usahawan - usahawan : Terdiri daripada murid-murid OKU, dan cikgu cikgi.
P/s : Haaiii gelap lah kulit mulus cik lisa surihani kejap lagi, mesti panass kan ? Ohh mesti bawa kipas sekali ! Chow !



Comments