Seperti yang sedia maklum, aku memang benci facebook ! Dari dulu sampai sekarang, walaupun aku agak bergiat aktif dekat facebook, aku tetap tak setuju dengan kewujudan facebook ni. Sebabnya? Dah macam-macam sebab aku bagitahu dekat dalam post aku sebelum ni. Kalau korang suke facebook sangat, lantak korang lah kan. Hahaha.
Facebook sebagai tempat meluahkan perasaan. Itu yang aku buat sejak aku berkecimpung dalam dunia facebook ni. Di samping nak lakukan link blog aku, aku luah je semua perasaan aku dekat facebook. Semua perkara yang aku luahkan selalunya indirect, berlapik, dengan banyak lapisan. Yang penting tak menuju kepada sesiapa, dan aku lebih suka berkias.
Baru-baru ni ade yang tegur aku :
" Weh neon...asal kat facebook kau tu banyak sangat berkias, menyampah pulak aku tengok. Kalau ko nak cakap sal aku, ko terus terang je laa, tak payah tulis bende yang berbunga-bunga macam nak perli orang! Tolonglah jangan nak buat status cam bangang centu. Tolong delete "
Lepas dia sound aku, aku check balik status aku kat facebook :
Status pertama :
aku suke tengok ko tipu aku...ko boleh diri situ dan tengok aku terbakar...cume beridri situ dan dengar je aku menangis...takpe, aku suke ko buat cemtu...
Status kedua :
its ok, aku cume angin lalu je. angin yang lalu bila ko nak dia lalu...
Status ketiga :kesenyapan dan kecantikan malam lenyap seketika pabila bunyi sang musang melolong di bukit hitam, si pungguk duduk diam tidak berbunyi sepi sahaja di atas pohon oak.
Aku mintak maaf kalau aku dah guris hati sesiapa...tapi senang macam ni la, kalau korang dah tak suke sangat tengok status aku kat facebook tu cakap bende bende bukan bukan ke, tolong delete facebook aku ok?Sebab aku tahu, bukan semua orang suka dan sayang kita kan? Cara kita berbeza...Chow !!
Comments
Post a Comment