Tuesday, July 27, 2010

Cara Memakai Maxi Dress Untuk Muslimah.

Cara memakai maxi dree dengan bergaya untuk muslimah ? Ya mari kita belajar memakai maxi dress, kepada orang yang tak pernah memakai maxi dress ! Tajuk macam tak boleh blah kan...hahaha. Tapi ape kate aku amik peluang ni untuk update ;) Haha...Korang suka pakai maxi dress tak ? Kerana aku suka, suka, dan sangat suka !

Ehem ehem macam kenal je kan sape ni...hehehe Taylor Swift kot.


Taylor Swift bergambar dengan peminatnya....Lisa Surihani dibiarkan sepi begitu sahaja...


Haiiip !! Dilarang fokus pada breast dia ok !


Pilih lah maxi dress yang sesuai dengan warna kamu ! Jangan amik banyak corak sangat !!

Tips - tips yang cambest nak bagi korang nampak cantik fabulous bila memakai maxi dress :
  • Pakai kasut tinggi atau wedges -  Kepada orang yang rendah-rendah tu, tak padan sangat kalau pakai maxi dress tapi pakai kasut flat. Tak sesuai you ! Pakai la kasut wedges ke, high heels ke...terompah mak korang ke. Bila nampak tinggi, nampak langsing sikit ah. (boleh caya ke ni).
  • Pakai cardigan - Cardigan sekarang ni banyak di jual kat pasar malam. hehehe, tapi aku tak berapa nak suka yang jual kat pasar malam tu. Kain dia aku tak berkenan plak...korang cari je cardigan kat mana - mana stor pun ade jual. Kedai Hari-Hari tu berlambak ;) Tapi ! Aku lebih prefer pakai cardigan yang separuh bila bergaya dengan maxi. Cardigan yang panjang, aku belum cuba lagi. 
  • Pakai jacket - Yang ni paling aku suka ! Sejak aku jadi minah country ala Taylor Swift ni, aku nak kumpul jacket je. Hihi...Jacket yang baik agak mahal harganya, kalau kat forever 21 tu...harganya RM100 ke atas la. Tapi kalau nak cari jacket yang lebih murah, kat Time Square belambak ;) Pakai la maxi dress dengan jacket ! Mesti korang nampak lagi cun !
  • Pakai selendang - Hehehe, aku padankan dengan semua selendang. Selalunya boleh juga masukkan bahagian belakang selendang dalam jacket atau cardigan, ia nampak lebih kemas. So ape lagi, korang takmau try ke ? Bila lagi nak cuba ?
Perkara yang dilarang buat bila pakai Maxi Dress Untuk Muslimah : 
  • Memakai maxi dress singkat paras lutut dan mengenakan leggings ketat metat - Tak sesuai laaa nak tengok gaya muslimah pakai maxi dress tapi bawah ketat metat pulak ye. Cari lah maxi dress yang labuh tuuu..
  • Memakai maxi dress yang ketat dan memakai inner yang sangat ketat - Awwch, sebenarnya kelebihan memakai maxi dress nak bagi you all selesa. Bila pakai maxi yang bergetah dan pakai inner yang sangat ketat, sometimes tali bra selalu ternampak kan...lemak pun boleh nampak gak. So pandai-pandai lah pilih yang longgar-longgar sikit.
  • Seelok eloknya hindarkan diri dari pakai inner. Huhuhu, seelok eloknya pakailah jacket atau cardigan untuk nampak lebih kemas.
  • Pakai kasut flat - Oh no, no , no for maxi dress. Kalau orang tinggi tak payahlah pakai kasut tinggi lagi yer. 
P/s : Wakakaka...berangan pulak nak jadi Taylor Swift :) Chow !


 

Designed by Alieff Artwork