Rayuan Seorang Insan Yang Lemah.

 Mahu ke sini...gunung yang cantik cantik dan hijau, permai.

Ya Allah yang maha mendengar, ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah. Kau kuatkanlah iman aku, kuatkanlah semangat aku , berikan aku ketenangan Ya Allah. 

Ya Allah yang maha pengasih, kasihanilah hambamu ini Ya Allah, berikan kasih sayang mu padaku Ya Allah. Sesungguhnya aku mahu sentiasa dekat padamu, kerana aku cintakan mu Ya Allah.

Ya Allah yang maha besar, permudahkanlah segala jalanku yang penuh onak duri ini Ya Allah, temani aku dan lindungilah aku dari segala kecelakaan, kekejaman dan malapetaka di muka bumimu ini Ya Allah.

Ya Allah yang maha penyayang, kau sayangilah hambamu ini dan tunjuki lah aku jalan yang benar, jalan yang kau redhai Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mahu terpesong dari landasan yang telah kau gariskan Ya Allah.

Ya Allah yang maha mulia, kau berkatilah kehidupan ku ini Ya Allah. Berikanlah aku sinar kebahagiaan di dunia dan di akhirat Ya Allah.

Ya Allah yang maha suci, janganlah kau gelapkan hati aku Ya Allah. Berilah hidayahmu pada ku kerana aku ingin mencium syurgamu Ya Allah. 

Ya Allah yang maha kaya, kurniakanlah aku permata dan bukannya dari yang kaca Ya Allah. Biar terang jalanku bersuluh cahaya, jangan kau gelapkan jalanku penuh derita, Ya Allah.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin... - Rayuan hambamu yang lemah



Comments

  1. tersentuh hati bila baca
    betapa rendahnya kita
    nk ngis!
    sila sediakan tisu

    ReplyDelete
  2. cik neon! doakan untuk aidi comey sekali. :)

    ReplyDelete

Post a Comment