Tuesday, June 15, 2010

Pemenang Contest Big Fish Pizza Cash RM 2000 : Alhamdulillah, Usaha Gandingan Silampuneon & Reikojezze Telah Membuahkan Hasil.


Syukur, alhamdulillah. Aku baru je sampai rumah ni, tiba tiba je aku dikejutkan dengan berita gembira oleh ayah aku. Mak aku pun terpinga-pinga. Adik beradik pun terngaga kejap. Mentaliti diorang yang selalu cakap blogging ni takde faedah buat diorang tersentap kejap.

Ko ade masuk contest blogger ke?
Aah, ade abah. Ape cerrr ni bah?
Ohh,ni hah ada notification yang ko dah menang contest Big Fish Moment With Pizza tuh.
Yeke bah?????
Iye laaa.
Yepeeee,yahooo areeebaaa andre andree!!!

Tanpa aku sedari, aku dah melomoat macam orang menang RM 2juta pulak. Aku straight call si Reikojezze yang tengah memboroikan diri kat Batu Pahat tercinta. Dia menjerit dalam hati je sebab orang rumah dia semua dah tido. Hahaha...aku faham ko tengah eksaited tuh.

Terima kasih Nuffnang kerana menghargai hasil karya kami. Terima kasih kepada Cik Reiko sebab sudi berpenat lelah buat projek ni dan buat video lagu pizza hut dengan aku.

Tak lupa gak kepada semua blogger yang banyak bagi sokongan moral pada kitorang, terima kasih ye. Dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung masa pembikinan project Big Fish Moment kitorang, aku nak ucapkan ribuan terima kasih. Kepada yang tak menang, jom kita cuba lagi the next contest pulak. Hihi.. Cewah macam menang Grammy Award plak aku ni.

 

Designed by Alieff Artwork