Maki Hamun Dalam Rumah Tangga.



Semalam berlaku dramaswasta lagi. Si isteri telah memaki hamun suaminya sekali lagi di khalayak ramai, dan aku menjadi saksi. Kali ni, bukan si suami yang naik merah padam muka...tapi aku sendiri naik merah legam tengok kejadian ni berlaku depan mata aku...

Si isteri mengamuk pasal benda yang kecil saja, mengamuk sakan kat suami dia sampai maki suami dia BODOH, BABI, SIALLLL KAU!! Suami dia tak balas langsung makian-makian tu...dia terima dengan tabahnya. Mungkin dia tengah tahan malu sebab orang ramai tengah tengok. Tapi isteri dia takde langsung perasaan malu...

Dalam hubungan, jangan ada bahasa kasar macam ni. Ribut petir macamana pun, bahasa makian jangan jadikan amalan dalam perhubungan baik suami isteri, tunangan, atau pasangan kekasih. Kalau dah jadi suami isteri tu, sepatutnya bila bergaduh...kita tangani masalah tu dengan profesional. Jangan jadi macam orang bodoh, tau nak maki hamun orang je tapi salah sendiri kita tak nampak.

Zaman sekarang ni, ada yang belum kahwin pun sama jugak perangainya. Si boyfriend sering maki-hamun si girlfriend macam girlfriend dia tu hak dia pulak. Ikatan yang sah pun takde, tapi berani pulak dia nak maki hamun girlfriend dia macam bini dia.  Belum kahwin pun dah tunjuk perangai macam tu, bila dah kahwin esok tak mustahil kaki tangan dia kat muka isteri bila berperang.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari manusia yang macam ni. Lindungilah aku dari segala jenis kekejaman makhluk mu. Amin...



Photobucket

Comments

  1. auuuwwww
    agaknya isteri tu queen control kot, alahai kesian betul suami dia

    ReplyDelete
  2. sian nye lak kat laki die tu..yg si isteri pun agak2 la kan, buat suami cam dayus jek

    ReplyDelete
  3. adeyh dasatnyee pompuan tu. huuuu.

    ReplyDelete
  4. yee...sy sangat setuju..ikut pengalaman sndiri la kan..lum kawen lg..tp da berani2 tengking n jatuhkan air muka dpn kawan2 dye.uhu..so be careful ngn spesis ni..

    ReplyDelete
  5. akhir2 ni kisah rumahtangga je neon..
    nak kawen dah ke?
    kuikui~

    ReplyDelete
  6. dahsyat tol isteri cemtu..mintak² aku pun dijauhkan la dari sikap macam tu

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah petang
    moga hari ini kita
    semua gembira..
    جزاك اللهُ خيراً‎
    kesian nya si suami
    kenapa jadi DAYUSSS..

    ReplyDelete
  8. mmg de pun kes sebegini.. malu lah lau saya.. nak gaduh suami isteri, jgn sampai org lain tau, even anak sendiri.. malu lah..
    ** penah tgk sorang laki (rasanye tak kawen lagi) tampar aweknye di shah alam.. sorang kawan laki saya merah telinga tgk.. org cmni, tak leh dijadikan suami nih.. hihii

    ReplyDelete
  9. Syabas utk suaminya yang penyabar..jarang la jumpa laki mcm ni. Semoga sang isteri diberi hidayah kerana syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Andaikata kuasa talak diberikan pada perempuan/isteri agaknya berapa kali sehari suami dia diceraikan. Itulah indahnya islam.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah....sekarang zaman byk berubah dimana sesetgh golongan wanita atau yg telah bergelar isteri berani memaki hamun suaminya di tempt awam ataupun dgn cara sms...kadangkala memang ade sesetgh lelaki atau suami berdiam sahaja dan bersabar...tetapi memanglah kesabaran itu ade tahapnya...
    Saya sebagai hamba Allah berani mengatakan dan meluahkn begini kerana byk sudah sy perhatikan teman2 sy sebegini nasibnya dan juga saya pernah mengalami peristiwa sebegini juga...bukan sekali,tetapi sudah masok dua kali dalam perkahwinan sy ni...wassalam

    ReplyDelete

Post a Comment