Makna Bacaan Dalam Solat.

Ketahui maksud bacaan-bacaan dalam solat untuk mendapatkan solat yang lebih kusyuk.
  • Maksud bacaan Allahuakbar : Allah Maha Besar. 
  • Maksud bacaan Rukuk : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujian-Nya.
  • Maksud bacaan Iktidal : Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
  • Maksud bacaan Sujud : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian-Nya. 
  • Maksud bacaan Duduk antara dua sujud :
 Ya Allah, ampunilah daku,
dan rahmatilah daku,dan kayakan daku,
dan angkatlah darjatku,dan rezekikan daku,
dan berilah daku hidayah,dan sihatkanlah daku,
dan maafkanlah akan daku.
  • Maksud bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatann-Nya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad.
  • Maksud bacaan Tahiyat Akhir
(...sambungan tahiyat awal)
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung
  • Maksud bacaan salam : Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah

Dari bacaan aku, kalau kita solat dengan kusyuk dan ikhlas...malaikat turut datang dan temani kita waktu kita solat. Ada orang tu, dalam solatnya yang kusyuk...terasa angin menderu. Sebab kedatangan malaikat tu dapat dirasai secara maya.

Berapa kali sebenarnya aku kusyuk dalam solat ? Aku pun tak pasti...banyaknye aku teringat nak makan la, fikir macam-macam masalah la...tapi, bila teringat nak kusyuk barulah aku translate satu persatu maksud bacaan dalam solat tu. Alhamdulillah, bila tahu makna...kita boleh bersolat dengan lebih kusyuk.


Comments

  1. solat itu doa.
    solat itu rehat.
    solat itu nikmat hidup.

    tapi,
    kita jer yang kadang2pandang sebagai beban kan...


    anyway, kalau budak belum berkhatan, tak boleh nak berdiri di tengah2saf, nanti dia akan menyebabkan saf terputus, melainkan dia kalau nak duk saf depan pun, duduk hujung sekali. yakni, tidak memutuskan saf kepada dua.
    tapi, kalau dah berkhatan budak di atas tuh; tak apa lah kot :)
    Waulahualam

    ReplyDelete
  2. solat tiang agama.......!

    mudah-mudahan dipermudahkan urusan solat kita semua!

    ReplyDelete

Post a Comment