Saturday, May 08, 2010

Rummz : Gabungan Laman Sosial & Agensi Pengiklanan Terkini Paling Hangat Menawarkan Banyak Kontes Hebat ! | Versi Bahasa Melayu Part 1 |


Mesti korang perasan ramai yang buat entry pasal HIV & Aids, My Message Aids Aware kan? Sebenarnya Nuffnang berkolaborasi dengan Rummz untuk buat kontes tu. Entri mesej tentang Aids tu ramai yang buat sebab nak rebut cash 20 ringgit per entry. Murah hati Rummz dan Nuffnang nak bagi orang duit kan?


Rummz! Apa sebenarnya Rummz ni, apakejadahnya Rummz ni? Setelah menggodek-godek laman Ruumz yang versi bahasa Inggeris tu, aku pun terlintas untuk buat entri Rummz dalam bahasa tok nenek kita. Jadi sit back and relax. Kalau tak faham tentang Rummz, korang bacalah. Kalau faham dan nak tambah lagi dialu-alukan ; )


Apa itu Rummz?
Rummz ni merupakan sebuah laman yang sangat interaktif , penuh dengan aktiviti yang menarik dan sentiasa menyediakan ganjaran yang besar bagi pengunjung Ruumz. Boleh diibaratkan macam syarikat pengiklanan dan gabungan laman sosial. Rummz adalah sama seperti Nuffnang , menawarkan kontes dan hadiah, promote Rummz sambil buat  duit disamping mempromosikan blog dan website dari Malaysia, membuat iklan dan mempromosikan cool event.


Kenapa korang perlu join Rummz?
Korang mesti taknak ketinggalan untuk naikkan trafik blog korang dekat Rummz. kan? Sebab pengunjung dia loaded gila beb! Bagi orang yang sukakan kontes, jangan buang masa masuk kontes bukan-bukan tapi korang boleh serlahkan bakat dan idea kreatif korang di Rummz dan dapat hadiah gila lumayan!


Siapa ahli & pengunjung Ruumz
Sesiapa sahaja boleh jadi ahli Ruumz!  Setakat ni ramai ahli Rummz terdiri daripada bloggers seluruh Malaysia! Hebat kan?


Bagaimana Caranya Nak menyertai Ruumz ? 
 Korang cuma perlu register akaun Rummz secara percuma di sini. Lepas korang sign up Ruumz, korang akan dapat profail korang sendiri dan disitu korang boleh upload gambar, video, post blog, buat event, buat group atau geng korang sendiri dan juga sebarkan mesej korang ada orang ramai.


Servis / Kemudahan yang disediakan oleh Rummz .
Memang banyak kemudahan dan hadiah lumayan yang Ruumz sediakan untuk pengunjungnya, sebab tulah pengunjung makin ramai dan tak putus-putus datang. Setakat ni, pengunjung Rummz boleh membuat perkongsian video, blog, chat , event, group, movies, muzik, dan powder! Paling best sekali korang boleh buat duit dengan Rummz ! Hebat !


Powder? Servis apa ni...setiap pengunjung dapat hadiah bedak carrie junior free ke?  Anyway, nantikan post aku pasal Rummz ni sebab banyak lagi maklumat berkenaan Rummz yang aku nak kongsi dengan korang! Chow dulu ; )

 

Designed by Alieff Artwork