Tuesday, May 04, 2010

Perkhemahan Pendidikan Khas , Insiden Malam Pertamaku Di Sekolah : Part 1

Scout Camp 2010!
Cikgu-cikgi yang sertai Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas.

Cikgu nurul dan Cikgu Fynas telah menghasilkan banner yang cun dan smart setelah berpenat lelah ulang alik ke Medan Mara tempah banner. Nak mintak sponsor susah sangat nak dapat.  Hehehe...

Masa awal perkhemahan semua murid-murid nampak lemah dan tak bersemangat je. So, cikgu-cikgu pun suntik semangat lah kat diorang...

Sesi mengajar budak-budak khas ikat tali mengikut ikatan yang selalu diguna dalam pengakap. Pelbagai ikatan yang kitorang belajar haritu, antaranya ikatan buku sila, ikatan lilit balak, ikatan tindih kasih, ikatan bunga keti, dan ikatan simpul manok. Seronok gak aktiviti ni...

Budak-budak kena layan macam askar dengan Cikgu Baien. Hehehe...amacam adik-adik? Tertekan ke tak? Ala...cikgu semua dah rasa benda ni time cikgu sekolah dulu...so ni la masanya nak buat korang macam sindarella...kan...!

Pinggan mangkuk semua kena bawa sendiri, basuh sendiri lepas guna. Jangan nak harap mak bapak datang tolong suapkan nasi dalam mulut korang yer. Hehe, sebarang muka kesian cikgu tak akan layan! Ganas tak ?

Sesungguhnya malam pertama aku rasa macam dalam sangkar nyamuk. Puas aku berperang, namun aku kecundang dengan segerombolan nyamuk yang datang mencabul aku. Cis! Nasib baik kawan aku bawak mopiko...tapi ubat mopiko pun tak berkesan gak...Lepas ni kalau camping aku nak bawak kelambu!


P/s : Tahniah kepada diri aku sendiri, dalam nak taknak tidor sekolah...akhirnya aku berjaya. Pergh.




 

Designed by Alieff Artwork