Pernah korang terfikir tak, setelah korang buat solat hajat berbulan-bulan disamping doa yang tak putus-putus...tapi doa yang korang mintak tu masih jugak tak jadi kenyataan. Kenapa ya, kenapa ? Aku nak kongsi 5 sebab kenapa doa kita tak makbul-makbul nih.
Baca lagi...
Firman Allah swt. Surah al-A’raaf ayat 55-56: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.
Antara 5 sebab kenapa doa kita selalu tak makbul :
- Tak kerjakan suruhan Allah - Kita wajib buat segala suruhanNya, dan tinggalkan laranganNya. Banyak lagi perkara larangan yang masih aku buat dan buat dan buat, nampak sangat aku ni tak takut dengan pencipta aku, astaghfirullah apelah nasib aku nanti...
- Tak amalkan isi Quran - Fahami dan hayati maksud Quran yang selalu kita baca tu. Even aku pun belum berjinak-jinak dengan terjemahan ni, aku baca Quran tapi tak tahu maksud tersirat...sedihnya...
- Tak buat sunnah Rasul - Kita selalu pertahankan yang kita cinta & kasih pada Rasulullah, tapi kita abaikan amalan yang dituntut oleh baginda. Part ni, aku masih lagi dalam proses nak belajar dan selami, korang tolong tegur aku kalau aku ada buat salah silap...kalau boleh dari terbukaknya mata di pagi hari sampai nak tdo, aku nak buat ape yang beliau dah buat...
- Nak ikut jugak ajakan syaitan - Hidup ikut hawa nafsu, dengan gembira tanpa rasa bersalah ikut jalan yang sesat. Aku juga masih lemah...selalu terhasut dengan tipu daya syaitonirojim ni, kalau aku terbuat gak, korang tolonglah selamatkan aku yer...
- Bajet confirm masuk syurga - Walau beribu tahun pun kita diberi peluang untuk hidup, kita takkan berusaha untuk tingkatkan amalan kita dan tak bersedia langsung untuk mati. Aku cuba banyakkan amal jariah la mulai saat ni macam zikir ke, sedekah ke, senyuman ke, tapi kenapa lah susah sangat nak bangun buat solat sunat ni? - Sumber disini.
Ok, korang pulak macam mana? Doa korang selalu dimakbulkan ke tak...kalau korang buat perkara yang aku sebutkan kat atas ni, confirm doa susah nak makbul. Chow...
kena sentiasa yakin yg Allah akan makbulkan doa kita..jgn sesekali berputus asa..huhuu~~
ReplyDeletehmmm...ada part2 yg saya missed! sebab itu lah susah dimakbulkan doa..kuikuikui
ReplyDeletekna byk sabar n yakin dengan Allah...mudah2han segala doa kita Allah makbulkan Amin... :)
ReplyDeleteyups
ReplyDeletekena ikhlas berdoa
insyaallah
Allah tu maha penyayang
p/s : Monalisa Ada Kembar? Ingin Tahu Siapa Kembar Monalisa? Layari Blog www.hanspunyablog.blogspot.com utk mengetahui jawapannya
selain itu semasa sembahyang biar kusyuk dan doa mesti ikhlas... semoga apa yang kita hajati termakbulkan amin...
ReplyDeletehttp://edarannama.blogspot.com
jgn bputus asa kalau doa x makbul, maybe suatu ari nnti makbul r...
ReplyDeleteterima kasih cikgu ttg entry yg bermanfaat ini..^-^
ReplyDeletesalam kite jenguk kemari..semoge cikgu sihat ea......
terimakasih cikgu sebab n3 yang amat berguna ni. perkongsian ilmu yang amat berguna untuk kita semua.
ReplyDeletewalaupun berbeda bahasa namun inti cerita dapat dipahami :)
ReplyDeletenice entry! hmmm~ kdg2 makbul kdg x. biasalah manusia....sll hnyut dngn ksnangn dunia..
ReplyDeletegema, terima kasih kerana berkunjung disini ;)
ReplyDeleteanne boleyn, hurm..tak mahu terus hanyut..perlukan banyak bimbingan
ReplyDeletezures, sama2 cari ilmu dan tambah ilmu dan kongsi ilmu..pahala dapat sampai akhirat sok kan.
ReplyDeleteuruchimaru, thanks...mari manfaatkan apa yang dibaca ;)
ReplyDeletemindbreaking, baiklah! aku akan berusaha!!
ReplyDeleteasmariamy, baiklah, terima kasih atas pendapat ko tu..amat berguna..nak kusyuk dalam semayang bukan senang .. camne ek..
ReplyDeletehans, ikhlas tu camne plak nak tunjukkan dalam berdoa..
ReplyDeletesuehann, yakin..yakin dengan ketentuan Allah, yakin dengan kekuasaan Allah...amin..
ReplyDeletered, hihi part yang mana tu kak..heheh gelak plak dia ni
ReplyDeletecasablander, baiklah miss! terima kasihh daun keladi ! jgn putus asa ;)
ReplyDeleteBagus website nie
ReplyDeletemohon share =)
ReplyDelete