Tuesday, May 18, 2010

Kelu Lidah Aku , Bila Nak Berbicara Soal Hati Perasaan Ni


Benda yang berkecamuk dalam jiwa aku tak boleh dibendung dengan riak wajah aku ni wey. Apa yang aku rasakan tak mungkin aku dapat ungkapkan dengan kata-kata...Allah je tempat aku berharap, semoga Dia kurniakan kekuatan, ketabahan dan semangat untuk orang yang lemah macam aku ni...

Posting sabah pun takpelah. Lagi jauh, lagi baik untuk diri aku sendiri. Solat hajat dan doa yang berterusan, semoga Allah makbulkan permintaan aku untuk pergi jauh. Jatuh bangun aku pun , biar aku buat sendiri. Tapi sayangnya aku sendiri tak berapa yakin kat mana tahap aku ? Buntu, aku pun tak tahu kat siapa aku nak mengadu...

Khas untuk kawan-kawan seperjuangan, jangan biarkan hati penuh hasad dengki. Bercalar balar pun tak guna, sekian lama kita berjuang bersama...kenapa masih ada lagi hasad dengki, iri hati dalam diri masing-masing ? Hapuskan sengketa, bukan lama lagi pun kita bersama kat tempat ni...esok lusa semua nak tinggalkan zaman bujang, tiada lagi suka duka bersama.

Aku nak minta maaf walaupun belum tiba hari raya. So, kepada semua yang pernah kenal aku...aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku pun tak tahu ajal aku bila, aku just nak get ready je...Chow...
 

Designed by Alieff Artwork