Gores & Menang : Goresan Bertuah Akan Berpeluang Jumpa Fahrin Ahmad !


Aku terkena : Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu beli kad Gores & Menang dekat kedai runcit. Kad Gores & Menang tu bewarna kuning dan harganya cuma 0.50 sen je. Kalau nasib aku baik, selalunya dapat menang permainan bodoh sebagai ganjaran.Kalau nasib tak baik, aku beli kad tu lagi. Haha...

Tapi sekarang punya kes, Sindiket Gores & Menang ni dah kaya raya sebab asyik menipu orang je ! Dengan keuntungan diorang mencecah 30bilion, diorang akan teruskan perbuatan terkutuk diorang ni semata-mata nakkan duit !- Hari ini punya kes, budak umur 23 tahun kena tipu RM1,000

Kes ayah aku terkena : Kononnya ada salesman datang depan pagar rumah nak buat survey pasal barangan elektrik, tapi lepas dia buat survey dia suruhnya kita gores kad dia! Dan-dan je ayah aku gores dapat mesin basuh cap ayam , tapi kena pulak bayar RM500.Guna mesin basuh tu baru setahun, dah rosak tersadai je !

Walaupun kerajaan dah lama mengharamkan kegiatan sindiket ni dan menjanjikan hukuman yang "tegas", tapi kenapa sindiket ni semakin berleluasa seperti tidak dibendung langsung ? Setakat membatalkan lesen dan menyenarai hitam syarikat , banyak lagi syarikat baru yang wujud macam cendawan tumbuh lepas hujan.

Kalau korang terkena ? Jom tengok cara untuk mengelakkan diri dari tertipu Sindiket Gores &  Menang :
  • Kalau jumpa je, terus lari lintang pukang macam nampak hantu.
  • Jangan bagi peluang langsung untuk diorang mendekati dan bercakap dengan korang. Sebab once diorang dah bercakap, selalunya kita akan terkena...So, jangan layan !! 
  • Buat muka selekeh macam pengemis takde duit.
  • Call polis direct tanya pasal ketulenan syarikat depan muka salesman tu bagi dia menggelabah.
  • Kalau diorang suruh gores gak, korang campak kad gores kat muka salesman tu. Lepas tu buat-buat jadi orang gilak.
Haha...Semoga berjaya!


Comments

  1. salam singgah bertanya khabar..moga anda selalu sihat..alamak!!ada garu bontot daa..he he

    ReplyDelete
  2. benci orang camtu kan?

    mengenakan orang je~

    ReplyDelete
  3. ala..
    ko gores je ..
    bile dia suh bayar ko buat dek je!
    hahahaha!
    mesti dia bengangnye..
    ;)

    ReplyDelete
  4. hahaha
    aku suka gores2
    tapi kalau dapat aku xmau
    sebab aku tau menipu jer tu

    p/s : Episod 6 Siri Antara Dia,Kau Dan Aku Sudah Dipublish. Jadi, Selamat Membaca Dan Moga Terhibur Di www.hanspunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. abg aku penah kenakan mangkuk ayun ni...

    nampak dorang lalu depan umah, abg aku gi panggil dorang... pasal nak gores suka2...hahaha

    tapi sound siang², "klu aku dah ada barang dalam umah, aku taknak!"

    hahaha.... lepas gores, dapat peti ais dengan tv... bhuahaha sah2 dah ada dalam umah... abg aku soh dorang blah... hahaha

    ReplyDelete
  6. dedulu masa kecik2 men gores dan menang aka tikam2... siuk juga bah tu...
    tapi sekarang punya lagi advance (versi org tua2)...kena lebih berhati hati beb...
    yang geng gores dan menang tu suka pekena orang2 berusia... sungguh jahat orang itu...

    ReplyDelete

Post a Comment