Sunday, May 30, 2010

Terapi Berenang Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Terapi berenang macam ni memang bagus kalau diadakan dengan lebih kerap lagi , terutamanya untuk kanak-kanak khas. Aktiviti macam ni lah yang kanak-kanak ni suka sangat dan dari sini kita dapat tengok perkembangan dan peningkatan diorang dari segi fizikal, sosial, mental, dan emosi.

Kanak-kanak cerebral palsy yang tak boleh berjalan...dah boleh berjalan sikit-sikit...
Kanak-kanak mental retard yang kurang bercakap...dah boleh berceloteh banyak...
Kanak-kanak slow learner yang lembam...dah boleh faham cara berenang dengan betul...

Macam tu lah perubahan yang kita mahukan. Kanak-kanak khas tidak boleh diperap  macam ikan masin dalam peti sejuk tu. Cikgu-cikgu kenalah rajin bawa mereka bermain dekat luar. Sekurang-kurangnya bagi mereka kenal dunia sebenar dan bersosial...barulah dapat kurangkan masalah yang terpendam dalam jiwa diorang tu.
Enjoy.



Okay, kanak-kanak...sebelum mula mesti warm up dulu . Cikgu taknak ada murid yang terkehel dan mandi macam mentadak kejap lagi yer...faham tak...

Baik cikgu...kami buat senaman gaya mentadak mentadu dulu sebelum masuk ke dalam kolam ye cikgu...hiyah hiyah...bersemagat sungguh kami ni kan cikgu..

Okay murid-murid boleh buat gaya spenderman masing-masing...bayangkan kamu semua nak selamatkan seorang putri intan payung emas yang sedang lemas dalam swimming pool ni. Faham tak murid-murid...?

Aik, korang ni...baru mula je dah tercungap-cungap ke? Tak boleh jadi ni...cikgu kena berikan korang renjatan elektrik masa korang berenang dalam pool kejap lagi...hehehe...

Oit cikgu! Kot ye pun nak dera kitorang jangan la suruh bumping tepi pool ni...saya da tak cukup nafas dah. Ni siapa pulak yang tenyeh-tonyoh belakang badan saya ni...argh...

Cepat korang, kocakkan kaki sekuat mungkin...ada jerung perkasa dalam pool ni yang akan geget kaki korang...hahaha...kocak jangan tak kocak, ewah...!

Okay lah tu kalau semua budak-budak mandi tak pakai baju kan...buruk pulak rupanya kalau cikgu-cikgu yang mandi tak pakai baju...ish ish...

Pin pon, pin pon...sila beri laluan kepada keretapi laut yang istimewa ni...cikgu-cikgu semua join yer...jangan nak mengelat je lebih...

Hah, tiba masa untuk berjoget beramai-ramai...siapa yang berani buat cikgu jatuh dalam air memang nak kena pelangkung sorang-sorang...jangan la tarik baju cikgu...alahai...

Okay murid-murid sila kangkang seluas - luasnya...kita akan berdiri dalam keadaan sedia dan senam aerobik pulak...tak payah buat tarian akrobatik ok!

Ini tarian taichi ke ape ni...cikgu pon kurang faham laaa...korang buat je la k...

Jangan sebuk...cikgu dah penat ni...nak berehat jap...tarik nafas segar...telan air pool yang payau dan masin...pahit...semua ada.

Cikgu hampir gelabah bila ko asyik berpaut kat badan cikgu jer...rasa nak biarkan ko lemas beberapa saat muncul dalam hati cikgu...tapi cikgu agak bersabar...hahaha.

Oh gembiranya , ape yang gembira tu oii?

Aik, mana pergi cikgu lelaki zaman sekarang ni...dah pupus ke...cikgu perempuan je yang ada...hehehe.

Kenangan ku bersama mu...hihihi...

Aku nampak sesuatu yang terselit...abaikan je la yer...hahaha.

Tatih tatih...aik...cikgu pejal bercekak pinggang je atas kolam yer? Nak kena zass ni...

Chow, nextime kita menyelam lagi ye.Blup-blup-blup!
 

Designed by Alieff Artwork