Terima Kasih Kepada Jejaka Kacak Sabah, Si Babat.

We heart Bukit Bintang Girls School.

 We also heart Abang Remy for this cute design.

Sepanjang bulan ini dan bulan lepas, kehidupan aku agak sibuk dan semakin stress. Blog aku tinggalkan buat sementara waktu, kerana banyak hal penting lagi perlu diselesaikan. Baru-baru ini, setelah pemergian beberapa orang kawan dari sekolah lama, terdetik di hati aku untuk berjumpa balik dengan kawan-kawan sekolah sebelum aku juga dipanggil. Aku pun mula lah bergiat aktif dalam facebook, buat sesi pengumpulan kawan-kawan lama balik.Maklumlah, hidup ni bukannya lama sangat. Tak tentu esok kita hidup lagi atau tak. 

Sibuk dengan segala macam hal, tak sabar rasanya nak berjumpa dengan kawan-kawan dan musuh-musush dari sekolah BBGS balik. Dari nak berjumpa dengan beberapa orang sahaja, tiba-tiba ramai pula maklum balas yang aku dapat. Tiba-tiba dah hampir 30 orang yang mungkin akan datang, insyaAllah. Terharu aku tengok kerjasama dari korang semua, dan tak sabar untuk berjumpa 13 March ini...

Dalam kesempitan ini, aku nak ambil kesempatan yang ada untuk ucap terima kasih daun keladi , kalau sudi designlah lagi kepada jejaka kacak dan tampan kita , iaitu Abang Remy. Pergh...sejak bila aku panggil dia abang ni? Hahaha...Disebabkan kemuliaan hati Abang Remy Ishak yang design baju untuk reunion sekolah aku, makin ramai yang teruja untuk membeli baju yang howt ini. Tak sangka, sudah mencecah 35 orang yang mahukan T-shirt panas ni...Cayalah...Mesti Abang Remy rasa bangga sebab yang bakal pakai baju ni semuanya 35 orang gadis yang comel-comel...;)

Pergh! Chow..busy...busy.

Comments

Post a Comment