Terapi Tunggang Kuda, TUDM Sungai Besi.

Sebelum cuti sekolah hari tu aku sempat sertai aktiviti berkuda dengan murid-murid PPKI Sekolah Jalan Batu Lelaki. Aktiviti seperti ini selalunya diadakan setiap hari Jumaat. Bukan aktiviti berkuda je tau, aktiviti berenang pun ada jugak...cuma aku berkesempatan untuk ikut trip berkuda je..lainkali boleh la ikut berenang pulak eh? 

Seronok tengok budak-budak ni menunggang kuda. Biasalah, macam-macam ragam ada. Ada yang teruja mula-mula datang, tapi bila disuruh naik kuda lepas tu diorang jadi takut plak.

Aktiviti menunggang kuda ni sebenarnya merupakan salah satu terapi fisio yang dikhaskan untuk murid-murid pendidikan khas. Selalunya, murid-murid pendidikan khas ni bermasalah dari segi fizikal. Ada yang cerebral palsy dimana struktur tulang belakang mereka tidak sempurna seperti kanak-kanak normal yang lain.. Ada juga yang tidak dapat jalan, duduk dan berdiri dengan betul, dan macam-macam masalah lagi la.

Jadi, dengan wujudnya terapi fisio aktiviti berkuda macam ni, murid-murid boleh atasi masalah fizikal yang ada pada mereka sedikit demi sedikit. Begitu juga murid-murid yang bermasalah dari segi emosi, aktiviti ni juga dapat menenangkan fikiran mereka serta membantu mereka dalam mengatasi rasa takut dan sebagainya. 

Ini adalah koleksi gambar aktiviti berkuda di TUDM ;) Enjoy la...






Rombongan ke tempat berkuda TUDM, Sungai Besi...biasanya setiap hari Jumaat,murid-murid akan pergi terapi berkuda secara bergilir-gilir.Murid-murid yang tak dapat pergi tu akan dapat peluang hari jumaat depan pulak. So semua orang dapat merasa terapi berkuda ni.


Tu dia, kawan aku (Fais) yang sedang gabra nak bawa kereta Persona auto milik salah seorang cikgu dekat situ . Dia gabra bawak kereta auto sebab dah pro sangat bawa kereta manual. Huhu...Relek ye Fais...


Murid-murid menunggu untuk diagihkan dan dimasukkan ke dalam kereta cikgu-cikgu...Bekalan makanan dan minuman sekolah sposor, so apedehal? Cikgu nak tumpang sekaki? Banyak cantik...cikgu-cikgu kena beli bekalan makanan sendiri okay...ish ish...


Ini dia kerata Persona hitam yang dipandu oleh Fais...Jangan risau, kereta hitam ni follow aku dari belakang kejap lagi...hehehe...


Cikgu Hana sedang bersiap sedia menyimpan barang-barang bekalan ke dalam keretanya...


Cikgu Hana suruh aku yang bawa kereta dia...aku takde hal dengan Persona...dah biasa bawak...hehehe...


Apelagi, hehehe...bawak je la kalau orang da kasi bawak kan? Lalalaa...buat macam kereta sendiri...berangan je la...aku belum mampu beli sebiji kereta ok...


Oh, anak murid aku ada dibelakang...aku gabra jugak la, kereta orang kan...

Oh, murid-murid apakah kamu buat dibelakang sana ya?


Meh la bergambar dengan aku yang poyo nih...hehee...


Sungguh seronok ye dapat join korang hari ini...nanti kalau pergi lagi cikgu nak ikut laa...



Ini dia murid aku , namanya Haziq Fikri...ko tau tak ko asyik gelak je tak henti-henti Haziq oi...ko tak penat ker...pening cikgu dalam kereta tuh...


Pasangan murid yang paling bahagia, apebenda yang korang gelak-gelak kat belakang tu aku tak tahu la...korang ngumpat cikgu ker...janganlah begitu sayang...


Oh yeah...dah sampai ke tempat yang dituju...semua orang sila pakai kasut boot dan topi keledar untuk keselamatan diri yer...


Murid-murid khas dibekalkan dengan kasut boot, topi keledar, dan baju berkuda yang khas untuk aktiviti ni...kos barangan ni mencecah ratusan ringgit bagi setiap seorang murid...


Cikgu Fais dan Cikgu Faisal silalah conduct aktiviti warm up dulu yer...Cikgu Nurul nak amik gambar je...so I duduk tepi dulu k...


Bersungguh-sungguh dikau buat exercises , jangan sampai terkehel sudah la yer...karang tak dapat naik kuda kang....


Inilah insan-insan yang terpilih untuk terapi berkuda kali ni...minggu depan murid lain pulak yang join, gilir-gilir la kan...


Ini dia gelanggang kuda di TUDM, Sungai Besi...Cantik dan bersih. Hijau nan permai...takda taik kuda pun kat sini ok...


Cikgu nurul boleh dapat naik kuda sekali ke? Eh, ni terapi untuk murid-murid je la...cikgu tak boleh nak menyebuk...kalau  nak, kena bayar RM7 okay...Takkan tak dapat free untuk cikgu kot? Ish ish...


Cikgu Faisal dengan gaya cowboy nya...


Cikgu Nurul dengan gaya seksinya...tuiihh tak seksi langsung...hahaha...


Itu dia, kuda kita sudah sampai ye adik-adik...cantik dan bersih...dijaga dengan baik oleh abang-abang yang hensem-hensem pula tuh...eh, cikgu tergatal pula disitu...hik hik...


Cikgu Fais mestilah nak bergambar dengan kuda terbabit kan...ecewah...


Cikgu Nurul baru tengok kuda je dah teruja...tapi sayangnya ni bukan untuk cikgu...murid-murid je boleh naik...huhu...sedih sedih...


Okay, jurulatih berkuda dah menunggu murid...semua murid berpeluang untuk naik...dengan iringan seorang guru dan seorang abang kuda yang hensem...


Are you ready kids? Are yay captain!


Ok, dengar coach bagi arahan dulu ok...jangan terburu-buru...


Cikgu Hana degang mengiringi murid terbabit...


Salah sorang murid bernama Adeen, yang tabah mengharungi terapi berkuda...cover perut tu Adeen, come on!


Ini dia murid kita yang paling kecil sekali, Aiman. Sungguh steady tunggang kuda...hebat kan...


Cikgu Hana bersama murid nya, dan juga abang kuda yang hensem lagi...eh aku ni...bape kali nak cakap hensem da...


Ok, dah dah jom balik...Azlan, jangan bising-bising hehehe...seronok kan hari ni ? ; )

Cikgu nak ikut korang pergi lawatan ke kilang coklat Cadbury nanti. Boleh? Please... ;)

Comments

  1. seronok sgt2 cikgu!!!!!!nk lagi..hehhehehe

    ReplyDelete
  2. wa...cikgu,cm bestnyer nek kuda...
    nk ikut p kilang cadbury gaks..

    ReplyDelete
  3. bes nye cekgu naek kude..nak ikot!!

    ReplyDelete
  4. u,kesiannya tgk muka dorg :(

    ReplyDelete
  5. cikgu dgn anak murid sama besar je

    ReplyDelete
  6. kete nih ko tak naikkan ke atas divider macam hari tuh kan?
    ala yang balik dari jumpa sorang blogger tuh?
    hehe
    syonok nampak dengan pengalaman praktikal.
    enjoy puas2, esok lusa dah betul2keje dah lain citernya. betul...
    hehe
    oklah, nak layan tengok gamabr seksi ptuih hang sekali lagi...

    ReplyDelete
  7. tibe2 teringat kat akim plak..alahai anak omak..

    teruskan niat murni mengajar kanak2 istimewa..

    ReplyDelete
  8. hhaha cekgu nurul pon da macam anak murid dah. kecik sgt...

    but i envy la u ni. ajar knk2 istimewa eh? penat tu..

    ReplyDelete
  9. bestnyer...MM pn nak pegi gak nanti...

    ReplyDelete
  10. dlu kecik2 aku selalu naik kuda kawan family aku
    best2

    ReplyDelete

Post a Comment