Thursday, March 18, 2010

Searching For Hijab Style? | My First Attempt Wearing Maxi Dress |

Hari tu aku puas merayau-rayau sekitar kamdar , nagoya , dan semua kedai kain area jalan tar semata-mata nak cari kain untuk buat maxi. Kakak aku sarankan beli kat kedai je, but mostly yang jual di kedai tak ikut saiz aku. Maklum saja la, maxi dress sesuai untuk orang yang tinggi. Aku yang rendah ni kalau pakai maxi readymade tu  jawabnya memang kain tu akan menyapu lantai. 

So, for the first attempt untuk hijab stlye, aku cuba tempah maxi sendiri dulu.Beli kain yang murah-murah kemudian tempah dekat satu makcik ni harga sepasang maxi RM30. So kedua-dua maxi aku tempah RM60. Aku puas hati dengan jahitan maxi tu sebab ada cutting sikit. Memang lawa dan simple.

Kenapa mesti maxi? Sebenarnya aku suka bergaya simple dan tidak gemar pemakaian yang nampak berat. Aku rasa sesuai sangatlah pemakaian maxi ni sebab mudah, cepat, senang dipakai, senang nak berjalan, dan sopan. Kalau nak pergi class pakai maxi dan cardigan @ coat je dah cukup adorable dah.


Pictures of me wearing my new maxi ;)

First maxi : Black and Gold...erm..cool retro...


Second maxi : Black and purple...yummy blackberry ;)


Cantik tak? Boleh bagi cadangan tak macamana nak cari maxi yang sesuai dengan size kita?

Aku ada koleksi dua helai maxi jer. Lepas ni nak kena tambah koleksi lagi la...

Yup, kira selesa lah pakai cardigan dengan maxi. Memang sesuai untuk cuaca panas kat Malaysia ni...

Yang ni kena buat satu special entry lagi, sebab ada meet up dengan ex-schoolmate ;) Her name is Yusliana.

Ok, chow dulu...salam.
 

Designed by Alieff Artwork