Saturday, March 27, 2010

PWTC Bakal Sesak Harini Sebab Lisa Surihani Nak Datang!

Lisa Surihani ooh Lisa Surihani.

Yo hello, aku akan pergi ke pesta buku harini. Sebab dah lama sangat tak membaca , rasa bebal pulak kepala otak aku yang runsing ni. Sekurang-kurangnya bila baca buku dapat jugak aku tenangkan hati dan fikiran aku, ye tak? Hihi...

Kalau aku tak beli pun aku jalan-jalan je la...dengar cerita PWTC sesak dengan orang...Esok tarikh akhir pesta buku. So nak tak nak harini aku kena pergi juga sebelum terlambat! 

Dalam perancangan, aku nak cari novel inggeris genre murder, mystic, ghost macam tu. Kalau ada duit lebih aku nak cari buku tentang kiamat dan kematian...

So kalau korang ada suggestion yang best, bagitahu la aku k...senang tak payah aku round satu banggunan cari buku yang aku nak baca tuh...Ok, tata...oh ya aku bukan Lisa Surihani. Lisa Surihani mana nak pergi bookfair ni, berpeluh-peluh ketiak dia kang... XD
 

Designed by Alieff Artwork