Friday, March 19, 2010

Pemain Bola Nombor Satu Malaysia Kecundang Di Katil HUKM!!

Harini dengan rasa malasnye aku, adik aku, and mak aku telah bergerak awal pagi untuk menjenguk bro aku kat HUKM. Ape kes? Bro aku ni pernah terputus urat kat bahagian lutut dia masa dia main bola sepak tahun lepas, tapi sekarang baru nak operate kasi sambung balik itu urat.

Kesian gak bro aku ni, gaji dia yang ciput tu bukan cukup sangat nak tampung kos operate Rm6,000 tuh...So mak aku buat fund-raising untuk bro aku ni. Aku derma Rm100 je. Sorry la bro, duit aku takdelah banyak sangat...;) 

Kepada ko bro, aku ucapkan semoga cepat sembuh okay. Ko kene ingat ko tak boleh main bola dah lepas ni. Disebabkan rumah takde astro so lepas ni ko leh lepak kedai mamak je, tgk football match. Reti?



Ni lah bahana main bola sepak, sampai urat lutut terputus.


Hekeleh..tak heran la, nak operate silalah...

Huh doktor, sila simpul-mati kan urat lutut saya yang terputus tu ye!

Ada ke orang nak operate orang gedik macam ni?


Bro angah aku, setia di HUKM leh gak dia jenguk-jenguk bro along aku...kesian gak dia stress dengan nurse-nurse yang agak laser kat situ...


Aik, tadi berlagak sangat...sekarang dah terkulai...ni belum masuk operation theater lagi ni...

Jangan tertipu ye adik-adik. Dia buat-buat pengsan je tuh. Baru masuk dalam lift dah menggelabah...tak macho betul.


Haha...gabra la tu..


Ni gamba last masa dia pergi operate pagi tadi...


Oh, ni sebelah petang. Dah sihat dah, cuma half body paralyze dia kata tak boleh rasa kaki lagi sebab kebas kot..


Siyes, makanan tak sedap. Cis selalunya aku yang habiskan makanan dalam tray ni. Tapi harini tak lauk tak mengairahkan la plak...


Suka sangat buat perangai bila aku snap...adoi...sakit wat cara sakit la bro...

Ok, malam ni ko tidur sorang kat hospital okay. Jumpa ko esok.


Chow, salam.
 

Designed by Alieff Artwork