Wednesday, March 17, 2010

Keburukan Facebook | Part 4 | Teknologi Giat Meratah & Melapah Umat Islam

 Ohyeah...
Lagi-lagi facebook. Sikit-sikit facebook. Makan tido facebook.Aku masih tak pasti samaada korang sedar ke tak sedar yang facebook banyaknya mendatangkan keburukan lebih dari kebaikan? Kerana bagi aku, facebook tetap merupakan sebuah teknologi yang sedang giat meratah, melapah dan menelan kita, terutamanya umat Islam.

Kenapa aku cakap umat Islam? Sebab aku dapat rasakan yang facebook ni betul-betul meng-yahudi kan aku. Sebab facebook lah aku abaikan assigment aku, sebab facebook lah aku abaikan solat aku, sebab facebook lah aku abaikan kesihatan aku, dan juga sebab facebook jugalah aku sibuk mengejar duit, duit dan duit. Dan aku masih lagi alpa.

Abaikan assignment. Setiap kali buka laptop niat memang nak buat assignment, tapi wajib buka facebook dulu. Kemudian, hanyut. Aku lebihkan facebook dari buat kerja. Penyudahnya kerja tak siap-siap.

Abaikan solat. Hayal membalas komen-komen di facebook, kemudian sentiasa mahu update status, tidak kurang dengan menayang gambar-gambar gedik di facebook,sehingga waktu solat nak habis baru aku terhegeh-hegeh pergi solat. Aku telah menduakan Allah dan menghambakan diri dengan teknologi buatan manusia.

Abaikan kesihatan. Waktu makan mula bercelaru dan kadang-kadang hingga lupa nak makan. Perut tak lagi rasa lapar sebab telah disuap-suap dengan bekalan keseronokan ber-laman sosial.

Gilakan duit. Aku makin sedar yang facebook banyak menawarkan buat duit sini, buat duit sana, buat duit dengan cepat, buat duit sekelip mata. Aku ragu-ragu, aku tak pasti siapa yang boleh beri orang duit free-free macam tu. Orang tu pastinya orang yang hebat sebab ramai yang jadi mata duitan sebab facebook. Ingat, makin kaya kita dengan duit, makin jauh kita dari Allah. Aku tak mahu jadi macam tu. Aku nak jadi normal je.

P/s : Aku bukan ahli fikir. Korang fikirlah sendiri, aku taknak delete facebook since gathering hari tu pun berjaya sebab aku guna facebook event je. Aku nak kurangkan online di facebook. Mungkin...kot...kot je la...Keliru.
 

Designed by Alieff Artwork