Sunday, March 07, 2010

Bloggers Meetup | Cikgu Neo & Cikgu Zara |

Zara, zara...tolonglah lainkali kalau turun kl, roger la aku dulu sayang oi. Jangan biarkan aku terkedek-kedek macam pagi tadi walaweh... Sempat gak aku jumpa ko yer. Tak sangka dapat jumpa blogger yang dah lama kenal kat alam maya, maklumlah dari mula blogging aku dah rapat dengan Zara ni. Kalau korang minat Ratu Rock Ella, mesti korang secara automatik akan minat pada Zara ni. Sebabnya, suara beliau ni serak-serak burung merak gitu. Ark..Ark...eh, tak tak..suara dia manis seperti orangnya juga ;) 

Berapi gak aku dengan Zara ni, dia pergi blogger gath dengan si polan - si polan yang lain tanpa aku.! Huhu..takpe, aku redha sebab aku tak berkesempatan untuk join blogger gath anjuran Mazidul Sidek tuh. Dengar cerita dari Zara, event tu best dan happening. Rugi juga tak pergi sebab semua pakai baju merah , mesti nampak cool macam redbull ;)

Please don't scroll down, the pix might harm you x _ x

Lokasi : Hentian Puduraya.
Waktu : 11pagi korang masih belum bangun tidur.
Mood : Ngantuk-ngantuk tapi eksaited hahahah...
Presenting...tada...Cikgu Zara.

Presenting...tada...Cikgu neo.

Aku berhenti depan tangga puduraya, dan menjengah ke tepi tingkap kereta proton buruk ku yang banyak berjasa , ku lihat Zara sudah melambai-lambai...amboi..macam dah biasa jumpa plak...Padahal first time jumpa. Haha...


Berborak sekejap sambil tunggu bas beliau sampai...Zara nak balik Muar nih...


Aku beli air ais lemon tea dan simpan dalam beg aku, tanpa aku sedari parking ticket aku lecun...tapi time ni aku tak perasan lagi la...wtf...


Zara kata tangkap gambar banyak-banyak sebab aritu dia penat mekap macam Yuna tau...hehehe...


Ko memang cool la Zara...hahaha...Kalau ada masa nak juga jumpa dengan blogger Hana & Ina...tapi masa tak berapa nak sesuai...


Zara, kawan kita Ina dah kahwen. Kita bila lagi weh, hahaha...


Yes, yes yes...aku saja nak kasi gamba ko nampak cam hantu sikit time ni. Kasik la aku interframe sket weh...


Aku rasa pakcik yang duduk kat kaunter ticket depan kita tu dah naik muak tengok kita bergambar sakan...hahaha...


Senyuman guru guru harapan bangsa. Sengal...


Layan je la...hehe...


Ok, ni gambar tangan pakwe Zara tau...beliau pun ade kat situ...Zara nak gak pampang dia punya ticket bas tuh..haha..


Bak merpati dua sejoli la pakwe makwe ni kan...ish ish ish...comel betul...


Ok lah...aku tipu je tadi tuh..tu sebenarnya tangan aku. Aku nak mention yang tangan aku nampak macam tangan laki...pecah rahsia...gaaha.


Ai..gamba kasut pon nak amik ke? ;)


Ok laa bas ko pon nak boarding ni beb...karang tertinggal kang aku tak jamin...aku tinggal je ko kat puduraya yang banyak indon tuh...


Tata Zara, jumpa lagi nextime okay bebeh. Sowi tak dapat nak minum-minum dengan ko...lainkali lepak la lame sikit dengan aku beb...


Ooh, kenapa muka aku camnie? Sebab first time aku bawak kereta proton ni naik divider jalan! Hahaha...


Lepas aku babai si Zara je, aku terus naik ke tingkat 3 di mana aku telah park kereta saga ku. Aku pon terkedek-kedek lah pergi dekat autopay sambil tangan mengodek masuk dalam beg cari tiket. Bila aku dapat je tiket parking, aku perasan yang tiket aku basah lecun! Lunyai beb...lunyai...masalah problem lah aku time tu kan...

Aku pon terus mengipas-ngipas tiket parking aku tu sambil menunggu ia kering. Alamak, dah lebih 10minit tapi air ais lemon tea masih tak kering-kering. Aku pon terus berpura-pura buat muka sedih meluru ke arah pakcik india yang berpangkat security di situ. "Ayoyo , uncle...my ticket basah la...camner nih"..."Yaka? 

Meh sini wa tengok lu punya ticket." Pakcik tu terus keluarkan lighternya. Terkejut aku. Aku ingat dia nak bakar...rupanya dia nak panaskan ticket tu. Lepas dia bakar-bakar, tiket tu masih lagi tak kering! Wa...camner wa nak balik ni uncle? Aku merengek-rengek.

"Takpe, takpe..biar uncle try." So, kami pun pergi dekat autopay. Uncle ni buat sekali je tiket tu dah berjaya disedut masuk. Aku pula bayar dengan senang hati. Tapi, tiba-tiba tiket tu pulak taknak keluar. Mesin tu agaknya dah pening kepala layan tiket aku yang bau ais lemon tea tu. Sengal...mesin tu tibe-tibe rosak.! Hayaa....

Last sekali, pakcik security tu dah menggelabah. Dia lah punca mesin tu rosak yer, bukan aku. Haha...Lepas kow-tim dengan bro-bro parking kat situ, dorang berpakat nak lepaskan aku time aku lalu kat palang keluar masuk kereta tu nanti. Syukur, aku dilepaskan dengan selamat, aku keluar dengan hidung agak kembang...!

Keluar dari pudu raya plak, aku tiba-tiba teringat pesan Zara " Harini ada jalan tutup sebab Le Tour De Langkawi tau neo." Aku pulak dengan confidentnya terambil jalan salah. Hekeleh...tak bergerak siot jalan nih! Buat aku bengang jer. 

Kereta depan tak jalan. Kereta dari arus sebelah kanan tak jalan jugak! Tapi dah terlajak ni, tak boleh berpatah balik melainkan aku naik divider jalan tu untuk jalan paling pintas! Dan ya, aku naik divider jalan tu, perghhh kereta proton saga buruk ni lepas naik divider weh! Gila bangga...hahaha....The End! (bodo la event Le Tour tu, menyusahkan aku betul!)

Bengang. Chow...aku busy-busy...
 

Designed by Alieff Artwork