Sunday, February 14, 2010

Mengumpat Kat Dalam Blog Pun Berdosa Juga.

Idea entri aku kali ni datangnya daripada gadis ini...
"...Aku xsuke gak bila 1 hari..kt uni aku ni ada satu underground community nama. kat cni port kitaorg ngumpat,share movie or ape2 jela berita terkini..ad sorg mamat ni post cmni :  Nape ye lau korg xsuke mber korg ke,nk luah perasaan xpuas hati ke ape ke,npe xsecara dpn2..nape nk gna blog? or media letronik?... "
Listen. Banyak kali aku cakap aku seorang yang pasif. Aku tak suka bercerita dengan kawan-kawan aku pasal gosip minah ni, gosip jantan ni. Aku kurang bergosip sebab aku tau, gosip tu adalah mainan kata je. Tak semestinya apa yang kita dengar dari mulut ke mulut tu benar, sahih , dan boleh dipercayai. Aku abaikan kebenaran sesuatu gosip yang aku terima, dan aku juga kurangkan bergosip atau mengumpat tentang hal orang lain dengan kawan-kawan.

Kau tau tak apa bezanya aku dengan korang? Aku cuma gunakan blog untuk luah perasaan aku. Dengan berblog, aku yakin aku dapat kawal perasaan aku dalam dunia realiti. Dengan berblog, aku yakin aku boleh kurangkan sesi mengumpat. Dengan berblog, aku dapat kongsi idea dan nasihat dari banyak jenis otak. Aku tak cakap aku baik, tapi aku rasa kau aku berbeza.

So, korang sila jelaskan aku apa beza luahan hati di dunia realiti dan luahan hati kat media elektronik? Konsepnya tetap sama, kalau korang cakap atau tulis perkara yang buruk tentang orang lain, korang tetap akan dapat dosa. Sebab tu la aku, rela bercakap sorang diri dengan blog aku , lebih dari dunia realiti tu. Biarlah orang nak kata aku takde life yang sihat, aku tak kira.
 

Designed by Alieff Artwork