Saturday, February 13, 2010

Bergembira Hilang Stress Dengan Murid-Murid Khas.

Walaupun sepanjang 2 minggu ni aku rasa stress dan penat, tapi disebalik tu hati aku terubat dengan telatah murid-murid aku. Keceriaan yang bukan biasa korang dapat tengok kat mana-mana, tapi kali ini double-triple-prosperity luar biasa ceria.

Ececeh, ada orang jual mahal, taknak cikgu ambik gambar dia. Blah lah Afiq, Cikgu nak sayang cium Amat jer...hihi...



Abang, jangan buat muka blur tu kalau tengah tankap gambar la. Steady la sikit bang...


Afiq marah kalau aku peluk Amat. Dia kata Amat tu dia punya. Ko tengok tu, aku peluk Amat pun dia da gelabah...

Yela Afiq ambik la Amat tu, cikgu tak heran la. Afiq dengan Amat kalau nak hadiah lagi jangan suka suki baling lego merata-rata ok. Kiss sket... ;)

Amat, kalau Afiq buli Amat lagi, bagitahu cikgu la...Janganlah senyap jer okay.Afiq tu ganas sikit, Amat ni lembut je...sopan dan senyap...

 Kalau ada yang baca facebook, aku ada cakap pasal Aiman. Masalah dan tabiat Aiman yang susah dikikis.Aku taknak rotan dia sangat-sangat...Tapi kena rotan juga sebagai pengajaran...

Aku bersyukur sebab murid-murid istimewa ni la yang membuatkan aku ceria sepanjang hari. Walaupun dorang susah nak dengar kata, tapi tindakan yang diorang buat tu menyentuh hati dan perasaan , dan buat aku gelak jer.Omaiguudnes, hidung aku berkilat dan menyilaukan pemandangan korang. Biasalah jaga budak-budak ni, berpeluh aku.Hahaa...
 

Designed by Alieff Artwork